settings

Tuesday, November 27, 2012

Sekularisme Dalam Ilmu

Ilmuwan Islam zaman kegemilangan Islam dahulu tidak memisahkan agama dengan perkara dunia. Ilmuwan Islam yang mahir dalam bidang sains tulen, astronomi, matematik, perubatan, kimia, fizik, botani dan zoologi, falsafah, teknologi dan lain-lain turut merupakan seorang ulama' yang alim dan mahir dalam ilmu agama serta mengaitkan ilmu duniawi tersebut dengan agama kerana berpegang dengan Tauhid iaitu pengabdian diri kepada Allah s.w.t. Mereka belajar/BACA DENGAN NAMA TUHAN bukan sekadar belajar/ baca semata-mata.

"Bacalah dengan (menyebut) NAMA TUHANMU yang menciptakan" . (Al-Alaq: 1)


Seharusnya kita juga di zaman ini yang belajar dalam apa jua bidang turut menjadi seorang yang faqih / faham agama kerana Islam agama yang universal. Umat Islam sentiasa boleh!

Sekularisme:  Suatu fahaman falsafah yang memisahkan pemikiran dan kegiatan hidup beragama dalam seluruh kegiatan hidup bermasyarakat dan bernegara (Memisahkan sesuatu dengan agama/modernisasi di mana agama juga mesti di ubah selari dengan pemikiran moden).

Mengapa semua ilmu perlu bersandarkan kepada agama Islam?

Balik semula kepada Falsafah Islam dengan berusaha memahaminya: Kalau kita berusaha mencari erti hakikat hidup, maka ia merupakan falsafah dan kita adalah failasuf.

Failasuf: Orang yang berusaha mencari kebenaran. 

Umat Islam falsafahnya berteraskan wahyu dan berpaksikan Tauhid. Siapa kita (apa hakikat diri kita)? Dari mana kita datang? Kenapa kita berada disini (alam dunia)? Kemana kita akan pergi? Apakah tujuan hidup? Dan apakah hakikat mati? Jawapannya perlu rujukkepada wahyu kerana mengandungi jawapan yang sebenar.

"Allah menganugerahkan al hikmah (kefahaman yang mendalam tentang Al Quran dan As Sunnah) kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi  hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakal lah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah)". (Al- Baqarah: 269)



Setitik hikmah itu dari-Nya.

Jangan belajar/baca kerana peperiksaan


Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharapkan keredhoan Allah

umat islam harus cemerlang hari
ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah maha kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
umat islam sentiasa boleh

umat islam zaman lampau
taat perintah Rasulullah
bersama berusaha bersatu tujuan wawasan
wawasan dunia dan akhirat

aqidah ibadah harus sempurna
ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
ulama' warisan ambiya'
pegangan mereka harus diikuti
ajaran sesat wajib hindari

umat islam harus cemerlang hari ini
umat islam sentiasa boleh

akhirnya islam cemerlang seluruh dunia

2 comments:

  1. Salam,

    Pandai betol kau tulis2 ni ek....yang ni kau tak nak tunjuk kat emak ker? Keh keh..

    Yang Benar
    Abang Kau.

    ReplyDelete
  2. Wassalam,

    Ni kira nota dalam kuliah..Saja tulis kat blog..tak ada la boring baca nota buatan tangan yg tak ada gambar & video..huhu~

    ReplyDelete