settings

Thursday, October 27, 2016

Meminta dan Memberi

Adat meminta,
jika mahukan sesuatu
pertolongan mahupun benda
kita mencari mereka
yang paling rapat.

Adat memberi,
jika mahu menghulur
pertolongan mahupun benda
kita utamakan mereka
yang paling rapat.

Segan membiasakan kita,
meminta dan memberi
pada mereka
yang paling rapat.

Ajaibnya tanpa segan,
kita meminta pada-Nya
yang setia memberi
tanpa mengira
yang paling rapat,
yang paling jauh.

Kerana,
Dia Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang.

Allahu Somad,
Tuhan yang bergantung kepada-Nya
segala sesuatu.

Siti Muslihah Binti Sudin,
Sri Aman, Sarawak.
Jumaat, 28 Oktober 2016.


No comments:

Post a Comment