settings

Saturday, February 12, 2011

Siapa yang taat, dialah yang hebat.


Andai seseorang lelaki itu datang
dan hanya dirimu pengawal gelanggang…
BERANIKN diri utk BERUNDUR
GAGAHKN diri untuk tidak CAIR DILEBUR
TABAHKN diri untuk menjadi PEREMPUAN EKSLUSIF YANG UNGGUL!

Perempuan yang taat hanya pada lelaki bernama ayah dan suami
Perempuan yang sedar maruah dan keunikan diri
Perempuan yang takkan cair dengan pujukan rayu ‘syaitan’ lelaki
Perempuan yang punya jati diri, berundur kerana TAK MAHU SUAMINYA NANTI DIBAYANGI BEKAS TEMAN-TEMAN LELAKI.
Sesungguhnya, neraka itu hakiki…
Ingatlah wahai diri yang bernama perempuan,
Andai seorang lelaki itu datang…
Beranikanlah diri untuk BERFIKIR dan MENOLAK dengan matang

usah bangga dengan wajah yang jelita.
usah meninggi diri kerana engkau diminati.
usah ujub bila namamu disebut-sebut.
usah merasa dirimu kaya ketika disalut mahkota dan harta.
segala itu sementara badan empunya nyawa.
tika diri terbujur kaku.
tiada beza ratu atau O.K.U.
siapa yang taat, dialah yang hebat.

Apa2 pn cintakn Allah s.w.t dlu bru cintakn yg len~cintakn bunga,bunga kn layu...cintakn manusia,manusia kn pergi..cinta kan Rasul,cinta sejati...cinta kn Allah,kekal abadi krn kte dh tau Allah benar2 cintakn hambanya yg taat kpd suruhannya & meninggalkn larangannya..tapi jika kte mencintai manusia lbih drpd-Nya, manusia blum tentu mencintai kte, dan ble kte mencintai manusia, ble tbe masanya dia pergi meninggalkn kte, x lah trlalu sedih krn kte x mencintai manusia lbih drpd Allah & krn kte tau msih ada Allah yg mencintai kte...

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana..
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama..
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya..
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri..

Thursday, February 10, 2011

Ada apa dengan buah kurma?


“Jadilah seperti pohon kurma; tinggi cita-citanya, kebal dari penyakit, dan bila dilempar dengan batu, ia membalas dengan buah kurmanya!”
( Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni)

Dalam banyak-banyak buah, buah apa yang tak diminati semut, yang tak ada bau tapi paling banyak khasiat dan baik untuk dimakan? terutamanya wanita yang mahukn anak, mudah untuk bersalin?



Seperti yang terkandung dalam surah maryam mengenai kelebihan buah kurma:

23. Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, dia berkata: "Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi barang yang tidak berarti, lagi dilupakan."

24. Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah: "Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu.
 

25. Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu,

Surah : Maryam ; Ayat : 23-25

Cuba kaji cara buah kurma yang unik dibiakkan untuk menghasilkn buah, lebih kurang seperti proses persenyawaan manusia.


Monday, February 7, 2011

Musibah


Banjir,Salji,Peperangan dan lain-lain? " Apakah kamu tidak memerhatikan, bahawa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, maka diaturnya menjadi sumber-sumber air di bumi kemudian ditumbuhkan-Nya dengan air itu tanaman-tanaman yang bermacam-macam warnanya, lalu menjadi kering lalu kamu melihatnya kekuning-kuningan, kemudian dijadikan-Nya hancur berderai-derai. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal". (Az Zumar:21)