Mulakan segala ibadah dengan Basmalah: بسم الله الرحمن الرحيم~ Sudahi dengan Tahmid: الحمد لله رب العالمين~ Begitulah sehari dalam hidup kita~ Mudah-mudaha dirahmati Allah~ Contohnya: Mulakan ibadah (Tidur) dengan: باسمك االهم أحيا وأموت Sudahi ibadah (Tidur) dengan: الحمد لله الذي أحيانا بعد ما أماتنا وإليه النشور
SMS: Moga ibadah kita diredhai-Nya dengan usaha ini~
Ilmuwan Islam zaman kegemilangan Islam dahulu tidak memisahkan agama dengan perkara dunia. Ilmuwan Islam yang mahir dalam bidang sains tulen, astronomi, matematik, perubatan, kimia, fizik, botani dan zoologi, falsafah, teknologi dan lain-lain turut merupakan seorang ulama' yang alim dan mahir dalam ilmu agama serta mengaitkan ilmu duniawi tersebut dengan agama kerana berpegang dengan Tauhid iaitu pengabdian diri kepada Allah s.w.t. Mereka belajar/BACA DENGAN NAMA TUHAN bukan sekadar belajar/ baca semata-mata.
"Bacalah dengan (menyebut) NAMA TUHANMU yang menciptakan" . (Al-Alaq: 1)
Seharusnya kita juga di zaman ini yang belajar dalam apa jua bidang turut menjadi seorang yang faqih / faham agama kerana Islam agama yang universal. Umat Islam sentiasa boleh!
Sekularisme: Suatu fahaman falsafah yang memisahkan pemikiran dan kegiatan hidup beragama dalam seluruh kegiatan hidup bermasyarakat dan bernegara (Memisahkan sesuatu dengan agama/modernisasi di mana agama juga mesti di ubah selari dengan pemikiran moden).
Mengapa semua ilmu perlu bersandarkan kepada agama Islam?
Balik semula kepada Falsafah Islam dengan berusaha memahaminya: Kalau kita berusaha mencari erti hakikat hidup, maka ia merupakan falsafah dan kita adalah failasuf.
Failasuf: Orang yang berusaha mencari kebenaran.
Umat Islam falsafahnya berteraskan wahyu dan berpaksikan Tauhid. Siapa kita (apa hakikat diri kita)? Dari mana kita datang? Kenapa kita berada disini (alam dunia)? Kemana kita akan pergi? Apakah tujuan hidup? Dan apakah hakikat mati? Jawapannya perlu rujukkepada wahyu kerana mengandungi jawapan yang sebenar.
"Allah menganugerahkan al hikmah (kefahaman yang mendalam tentang Al Quran dan As Sunnah) kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakal lah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah)". (Al- Baqarah: 269)
Setitik hikmah itu dari-Nya.
Jangan belajar/baca kerana peperiksaan
Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat Kuat usaha jujur dan amanah Sentiasa mengharapkan keredhoan Allah
umat islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa siapa kata kita tidak boleh kita ada Allah maha kuasa kita punya kuasa tenaga doa sebagai senjata umat islam sentiasa boleh
umat islam zaman lampau taat perintah Rasulullah bersama berusaha bersatu tujuan wawasan wawasan dunia dan akhirat
aqidah ibadah harus sempurna ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan ulama' warisan ambiya' pegangan mereka harus diikuti ajaran sesat wajib hindari
umat islam harus cemerlang hari ini umat islam sentiasa boleh