settings

Thursday, October 27, 2011

Dah Bersiap Sedia?

Sesuka hati je guna pistol tu...ada lesen ke?huhu

Setiap detik nafas yang disedut adalah nikmat yang diberikan Allah s.w.t berupakan peluang untuk kita kembali meraih janji-janjiNya. Banyak tulisan-tulisan yang telah menceritakan cara menjaga kesihatan tubuh, menjaga hati dengan membersihkan diri melalui penyucian jiwa, menundukkan pandangan dan sebagainya. Selain itu ingatlah, kita juga wajib menjaga anggota tubuh badan  kerana ia merupakan amanah dari Allah untuk membantu kita bergerak melakukan kerja-kerja dan amalan-amalan ibadah dengan mudah . 


" Pada hari ini (Hari kebangkitan) Kami tutup mulut mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan."(Yaasiin : 65).

 Ayat ini menjadi bukti, Allah meminjamkan anggota badan kepada manusia supaya manusia berusaha menggunakan anggota badan didahului dengan melangkahkan kaki ke tampat-tempat ibadah diikuti pula anggota badan yang lain yang mengikut agar melakukan amalan-amalan baik yang merupakan kunci untuk menembusi pintu syurganya.


 Bersiap sedia? Ya, dalam apa perkara pun kita perlu sentiasa bersiap sedia. Kita di latih untuk bersedia di awal pagi lagi  ketika mana terjaga saja dari tidur, kita terus menadah tangan berdoa "Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali". Doa adalah persediaan mental untuk memulakan kehidupan baru kearah kehidupan yang lebih baik selepas dimatikan sementara semalaman. Ibadah tidur yang merehatkan mental dan fizikal pula sebagai persediaan untuk kita mengerah semula tenaga fizikal untuk berkerja dan beribadah.


" Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang yang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)." (Al Anfaal : 60)

 Melayari ruangan-ruangan berita yang melaporkan keganasan manusia sesama manusia, wanita maut dibunuh setelah diperkosa, lelaki mati ditikam penyamun melahirkan pelbagai emosi yang berbaur seperti sedih dan marah bagi manusia yang masih ada sifat prihatin apabila membaca berita seperti itu. Memadaikah dengan hanya prihatin terhadap orang lain tetapi tidak prihatin terhadap diri sendiri?  Bolehkah kita bertenang bila nyawa diancam? Siapkah kita sekiranya kita juga terpaksa melalui detik yang mendebarkan itu kerana diri sendiri diancam atau nantinya terkilan kerana tidak dapat membantu orang lain yang diancam di hadapan mata? Kata prihatin?

  Jadi, sebelum kita menyesal, kita perlu menyiapkan diri kita untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan seperti itu antaranya dengan cara mempelajari seni bela diri supaya boleh digunakan pada saat yang diperlukan kelak. Kita perlu mengikis sikap yang suka memberi alasan tiada masa kerana berkerja, tiada masa sibuk belajar, tiada wang untuk dikeluarkan dan sebagainya kerana harta yang hilang boleh di cari ganti tetapi jika tangan yang terputus ditetak penyamun? Boleh cari penggantinya? Sekiranya nyawa melayang dapatkah kita meminta agar dihidupkan semula?

Hakikatnya Allah yang menentukan hidup mati seseorang insan, tetapi sebagai manusia kita diseru agar berusaha. Tidak yakinkah dengan ayat Allah " Apa sahaja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)." (Al Anfaal : 60)". Bersiap sedialah menghadapi dugaan apa pun dengan menyiapkan bekalan yang sebanyaknya.






Sunday, October 9, 2011

الصلوات البدرية

"Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya." (Al Ahzab : 56)

Selawat dalam ayat di atas membawa maksud Allah s.w.t berselawat dengan memberi rahmat kepada Nabi manakala malaikat pula memintakan keampunan untuknya. Orang-orang yang beriman diseru oleh Allah agar berselawat kepada Nabi dengan berdoa supaya diberi rahmat melalui perkataan seperti : Allahuma Shalli ala Muhammad...Memberi penghormatan pula dengan cara menyebut Assalamu'alaika ayyuhan Nabi yang bermaksud "Semoga keselamatan tercurah kepadamu hai Nabi".

Sebagaimana yang kita sedia maklum Nabi Muhammad s.a.w di penghujung riwayatnya tetap ingat ummatnya..Ummati  Ummati  Ummati  (Ummatku) tanda cinta baginda terhadap kita~Malu lah kita nak mengharapkan syafaat daripada baginda di hari kiamat kelak sekiranya sombong padanya...tetapi itu ke penyebabnya? Hanya untuk mengharap balasan syafaat? Jika tidak, selawatlah sebagai bukti cinta padanya disamping mengamalkan sunnah-sunnah baginda dan amalan-amalan lain.

Eh, tunggu apa lagi? Tak kan masa Solat atau sambut kelahiran Nabi je baru nak banyakkan selawat kut? Jom kita selawat sekarang...1,2,3, mula~





صلاة الله سلام الله على طه رسول الله
Selawat dan salam dilimpahkan Tuhan atas Nabi Muhammad pesuruh Allah
صلاة الله سلام الله على يس حبيب الله
Selawat dan salam dilimpahkan Tuhan atas Nabi Muhammad kekasih Allah

توسلنا ببسم الله وبالهادي رسول الله
Kami bertawassul dengan BISMILLAH dan membawa petunjuk utusan Allah
وكل مجاهد لله بأهل البدر يا الله
Semua yang brjihad di jalan Allah khususnya pejuang Badar Ya Allah

صلاة الله سلام الله على طه رسول الله
Selawat dan salam dilimpahkan Tuhan atas Nabi Muhammad pesuruh Allah
صلاة الله سلام الله على يس حبيب الله
Selawat dan salam dilimpahkn Tuhan atas Nabi Muhammad kekasih Allah


الهي سلم الأمة من الأفات والنقمه
Ya Allah, selamatkanlah umat muslimin dari malapetaka dan kemurkaanMu
ومن هم ومن غمة بأهل البدر يا الله
Dari segala kedukaan dan kesusahan dengan berkat pejuang Badar Ya Allah


صلاة الله سلام الله على طه رسول الله
Selawat dan salam dilimpahkan Tuhan atas Nabi Muhammad pesuruh Allah
صلاة الله سلام الله على يس حبيب الله
Selawat dan salam dilimpahkan Tuhan atas Nabi Muhammad kekasih Allah



الهي نجنا واكشف جميع اذية واصرف
Ya Allah, lepaskanlah dan hilangkanlah segala yang menyakiti dan balikkanlah
مكائد العدا والطف بأهل البدر يا الله
perdaya musuh, kasihanilah kami dengan berkat pejuang Badar Ya Allah


صلاة الله سلام الله على طه رسول الله
Selawat dan salam dilimpahkn Tuhan atas Nabi Muhammad pesuruh Allah
صلاة الله سلام الله على يس حبيب الله
Selawat dan salam dilimpahkan Tuhan atas Nabi Muhammad kekasih Allah



الهي نفس الكربا من العصين والعطبا
Ya Allah, lepaskanlah kami dari kesusahan dan kehancuran kerana akibat orang yang melakukan maksiat
وكل بلية ووبا بأهل البدر يا الله
segala macam cubaan dan penyakit yang menular. Dengan berkat pejuang Badar Ya Allah


صلاة الله سلام الله على طه رسول الله
Selawat dan salam dilimpahkan Tuhan atas Nabi Muhammad pesuruh Allah
صلاة الله سلام الله على يس حبيب الله
Selawat dan salam dilimpahkn Tuhan atas Nabi Muhammad kekasih Allah