settings

Monday, December 9, 2013

Hujan & Banjir. Bila air berbicara.

Banjir # Bukannya kali pertama, bukannya kali kedua dan bukannya kali ketiga # Na'uzubillahi min zalik

Jika sebelum ni tergolong dalam hambaNya yang sabar, redha dan yakin dengan qadha' dan qadharNya bila mana banyak harta yang telah hilang, musnah, rosak, serta perlu berhabisan tenaga dan ringgit bagi membaiki dan menggantikan dengan yang baru untuk meneruskan hidup... Alhamdulillah~

Sebagaimana dulu, bersabarlah lagi bila kini atau nanti diuji lagi untuk memilih antara keperluan dan kemahuan (apa yang patut di bawa bersama; dokumen penting, sebilangan kecil barang keperluan dan terpaksa tinggalkan barangan berguna yang kita sayang/yang banyak kenangan). Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah jika hari ini masih diberinya nyawa, nikmat Islam, serta tanda-tanda untuk hamba-hambaNya ini bersiap sedia dan bukannya ditarikNya sekaligus semuanya!

"Ya, Allah bersihkanlah hatiku dari cinta dunia dan jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku, keluargaku"

SMS: Jom, tadabbur surah al-baqarah ayat155-156.


"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata, sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali" (al-Baqarah: 155-156)~







Tiap-tiap sesuatu pasti binasa kecuali Allah. Bumi akan sepi. Bangga sementara. Jika kita tidak pernah rasa memiliki sudah tentu tidak akan pernah merasa kehilangan. Mana milik kita? Tidak ada milik kita. Semua Allah yang punya. Semuanya pinjaman dari Allah yang boleh ditarik pada bila-bila masa sahaja.

Semua ciptaan Allah itu asalnya baik. IBLIS jua!

Semua yang diciptakan Allah itu baik~ Iblis juga adalah suatu makhluk yang pada awalnya diberi kelebihan dan kemuliaan oleh Allah. Namun, apabila Iblis bersikap "TAKABBUR" dan berjanji pada Allah untuk menyesatkan dan memperdayakan manusia dari kebenaran, maka dia menjadi makhluk yang paling dilaknat dan paling dikutuk oleh Allah SWT.

Jom tadabbur ayat 11-18, surah Al A'raaf:

Allah SWT berfirman maksudnya : 

Allah: ”Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu Kami bentuk tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada para malaikat: "Bersujudlah kamu kepada Adam", maka merekapun bersujud kecuali iblis. Dia tidak termasuk mereka yang bersujud. "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Nabi Adam a.s) diwaktu Aku menyuruhmu?”

Iblis: lblis menjawab : ”Aku lebih baik daripada dia. Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah.”

Allah: Allah berfirman: "Turunlah kamu dari syurga itu; karena kamu sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina."

Iblis: Iblis menjawab: "Beri tangguhlah saya sampai waktu mereka dibangkitkan.

[Maksud beri tangguh: janganlah saya dan anak cucu saya dimatikan sampai hari kiamat sehingga saya berkesempatan menggoda Adam dan anak cucunya.] 

Allah: "Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh." 

Iblis: Iblis menjawab: "Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, 
kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).

Allah: Allah berfirman: "Keluarlah kamu dari syurga itu sebagai orang terhina lagi terusir. Sesungguhnya barangsiapa di antara mereka mengikuti kamu, benar-benar Aku akan mengisi neraka Jahannam dengan kamu semuanya." 

...

Istighfar Nabi Adam Alaihi Salam yang patut kita amalkan: 


"Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi." (Al A'raaf: 23)



Monday, October 21, 2013

Malu...

"...Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu" (Hadis riwayat Imam al-Bukhari) * Sindiran dalam tegahan*

Tapi, ingat..."Every single deed you have done will be written..(even the smallest one)" 

Firman Allah yang bermaksud: "Perbuatlah olehmu apa-apa yang kamu kehendaki, sesungguhnya Dia melihat apa yang kamu kerjakan. (Surah Fushshilat, ayat 40) 

"No matter where you are or what you do...Remember Allah is watching over you...Beware?"~

~Malu itu perisai orang beriman~

Shortly Muslihah Says @ SMS dari Siti Muslihah Sudin: "Kagumnya pada gadis-gadis Melayu dahulu. Nama pun orang lelaki susah nak tau."


Sumber gambar hiasan: Google Image

Thursday, March 28, 2013

Kasih Sayang


Kasih Sayang yang:

Paling tinggi = Mengutamakan orang lain.
Paling rendah = Berlapang dada (bersikap terbuka)

Contoh = Kasih sayang Muhajirin dan Ansar:

Muhajirin sanggup untuk menghadiahkan salah seorang isterinya kepada golongan Ansar, yang menunjukkan kekuatan ukhwah antara mereka.

3 ciri penting ukhwah berdasarkan contoh Muhajirin dan Ansar:

i. memberikan perlindungan
ii. memberikan pertolongan
iii. mengutamakan orang lain daripada diri sendiri



Jadilah seperti air yang suci mensucikan, bergerak untuk menghidupkan, mengalir untuk kebaikan, memancar dengan kekuatan, dan dikelola menjadi energi dahsyat kehidupan.

Persaudaraan @ Ukhwah:
-Persaudaraan itu ialah hati-hati dan roh-roh dihubungkan dengan ikatan akidah. 
-Orang mukmin dengan orang mukmin yang lain umpama bangunan yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain.

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain." (Al-Taubah: 71)



Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang maaf memaafkan

Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih tuhan tiada bertepi
sayang Tuhan janjinya pasti

Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada bakti tiada kemaafan

Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oh dunia
Moga selamat di akhirat sana


~Raihan~




Saturday, February 23, 2013

Ada Amanah Disebaliknya!

Realitinya~ 

Sem 1: Segan, berdebar dan tak sangka bila pergi mana-mana sekitar Tg. Malim diri ini dan rakan-rakan dipanggil cikgu/ustazah. Sedangkan sedar diri banyak kekurangan...Harapannya moga-moga panggilan yang dipanggil mereka itu merupakan doa yang menjadi kenyataan. 

Praktikal: Debaran menguat...tambah lagi sewaktu mempraktikkan ilmu di tempat sebenar. Panggilan tu hari-hari kedengaran. 

Sem
 8: InsyaAllah tahun akhir jika tiada aral, panjang umur, sihat, lulus peperiksaan dan siap tesis. Resah..bekalan perlu disiapkan secukup-cukupnya. Biar melimpah-limpah. InsyaAllah jika diizin-Nya habis satu peringkat tuntut ilmu di sini.

Lepas ni belum tentu lagi kami berpeluang sambung ke peringkat lain. Belum tentu lagi layak dan lulus menduduki ujian INSAK(Inventory Sahsiah Keguruan). Aqidah, ibadah,akhlak, penampilan, perbuatan kita macam mana? Kalau lulus pun belum tentu lulus temuduga pula. Jika lulus pun belum tentu ditakdirkan-Nya untuk jadi guru.

Hakikatnya...Pentingnya...bukanlah anugerah apa yang tercatat di atas kertas itu dan bukan gelaran itu...TETAPI tanggungjawab dan amanah untuk mengamalkan dan menyampaikan. Kita sambung belajar sebab kita tak tahu. Moga setitik ilmu yang diperolehi dibandingkan dengan seluas lautan itu diberkati dan diredhaiNya. Dapat faham, ingat, amal, manfaat dan menyampaikannya. Mendidik hati bukannya mudah.

Benarlah & sedarlah:
-Yang berat itu amanah~Imam Al-Ghazali~
-Kewajipan itu lebih banyak daripada masa~Imam Hassan Al-Banna~
-Semulia-mulia kamu disisi Tuhan kamu adalah mereka yang paling bertaqwa~Kalamullah, Al-Quran~
-Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis~Ustaz Pahrol Mohamad Juoi~

Rabbi yassir~Moga tergolong dikalangan jiwa-jiwa yang tenang ke JannahNya dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Sama-sama betulkan niat kerana kita tahu setiap amal itu berdasarkan niat dan moga dijauhi syirik yang tersembunyi~TEGUR AKU jika aku mulai ALPA. Tegur aku jika aku tergelincir dari jalan-Nya. Tegur aku jika aku mulai SOMBONG. Tegur aku jika aku mulai ANGKUH. Tegur aku jika aku mulai SALAH kerana hati ini mudah saja untuk dibolak-balikkan-Nya. Moga thabat dijalan-Nya..."Ya Muqallib al-qulub, thabbit qalbi 'ala dinik. Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini di atas agama-Mu  




Monday, February 4, 2013

Tips & Perkongsian Pengalaman Sebagai Guru Pelatih




Pada Jun 2012, kami pelajar semester tujuh mula menjalani kehidupan baru sebagai "Ibu Bapa Kedua". Pelbagai perasaan hadir sebelum melapor diri sehinggalah tamat menjalani sesi latihan mengajar tersebut yang berakhir pada 19 Oktober 2010. Beberapa bulan selesai menjalani sesi latihan mengajar tersebut, barulah berkesempatan untuk menulis sedikit pengalaman yang bermakna ini sebagai kenangan dan juga untuk dikongsi dengan anda semua. Walaupun, sementara menunggu tawaran melanjutkan pengajian ke IPTA selepas tamat sekolah dulu saya pernah bertugas sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih di salah sebuah sekolah rendah di Johor namun, perasaan gemuruh tetap ada memandangkan ini pertama kali menjadi guru di sekolah menengah pula dan cuma dua orang guru pelatih di sekolah tersebut.

Jun 2012:
Setelah 5 jam perjalanan dari Johor akhirnya selamat tiba di sekolah tersebut. Tiba di perkarangan sekolah, kami mula memindahkan barang-barang ke kuarters guru dan terus meronda-ronda kawasan sekolah. Keesokan paginya dengan perasaan yang berdebar kami mula melangkahkan kaki menuju ke pejabat sekolah untuk melapor diri. Setelah melapor diri dan berkenalan dengan pengetua, guru penolong kanan dan beberapa orang warga sekolah yang berada di pejabat, bermulalah hari pertama kami menjalani latihan mengajar. Kebetulan, aktiviti sukan tahunan sekolah sedang berlangsung...

# Moga para pendidik dikurniakan sebaik-baik balasan dari-Nya. Merasai sendiri cabaran pahit manis sebagai guru pelatih...terkenang jasa guru-guru lepas tengok sendiri tugas-tugas guru yang sebenar di sebalik tabir yang kadang-kadang kita tak nampak dan tak teringin nak ambil tahu sewaktu sekolah dulu. Sebagai contoh, guru pulang lambat hadiri mesyuarat. Mesyuarat tentang pelajar, tengok seorang demi seorang pelajar mana yang merosot atau berpotensi cemerlang, PMR, SPM berdasarkan pembentangan graf ujian bulanan. Guru bertanya dan berbincang  antara satu sama lain tentang pelajar yang bermasalah tentang akhlak, akademik, pelajar mana yang sakit...(Dalam hati saya bermonolog: "Ops..waktu saya sekolah dulu agak-agaknya nama saya pernah disebut guru masa mesyuarat tak?huhu"). Mesyuarat susun jadual untuk kelas tambahan petang dan malam. Mesyuarat keluar masuk kewangan sekolah, harta benda sekolah yang mana nak mohon baru yang mana nak dilupuskan (Monolog lagi: Tak pernah terfikir pun waktu saya sekolah dulu guru susah payah fikir harta benda sekolah yang rosak. Contohnya, mesin photostat yang banyak kali rosak, guuru-guru minta tolong kenalan-kenalan guru sekolah lain yang pandai baiki untuk menjimatkan wang sekolah).

Sedikit daripada tugasan  yang saya ingin kongsikan adalah tugasan "spontan" (yang tak dimaklumkan lebih awal):


  • Lapor diri hari Isnin: Tiba-tiba kena terus turun padang jadi penjaga lorong lumba lari sebelum sempat berkenalan dengan seluruh warga sekolah walaupun hari pertama tu, saya berpakaian fomal, baju kurung dan bersepatu.
  • Selasa: Masa bertugas di padang sekolah menyambung tugas semalam, tiba-tiba ada seorang pelajar yang tengah berlari pitam & jatuh betul-betul depan saya. Kena la bantu pelajar tersebut.
  • Rabu: Tiba-tiba kena jadi pembantu uruskan hadiah & diminta menjadi pengerusi majlis.
  • Khamis: Tiba-tiba kena sertai pertandingan lumba lari antara guru rumah sukan dan juru gambar.
  • Hari berikutnya: Tak larat nak tulis semua, tapi cukuplah dikatakan bersiap sedia menunggu cabaran tugasan di dalam atau di luar kelas. Setiap malam fikirkan tiba-tiba apa pula untuk esok harinya? Hehe...sambil cuba belajar sesuaikan diri di tempat orang, bina hubungan profesional dengan semua warga sekolah serta ambil cabaran sebagai peluang melatih diri bagaimana nak jadi guru yang serba boleh.
SMS: Cabaran yang lebih besar sedang menanti. Moga sama-sama berjaya mengharungi cabaran dalam bidang masing-masing. Disebalik kesukaran ada kesenangan. Disebalik pahit ada jua manisnya. Jadikan yang pahit sebagai pengalaman berguna dan yang manis sebagai pemangkin semangat. Betulkan niat semua yang dilakukan demi keredhaan-Nya...Ma'an najah bi iznillah...In Sya Allah~Selamat berjuang dalam apa jua bidang kerjaya anda~

Antara yang perlu disediakan: Mental & Fizikal

Rancangan Pengajaran Harian

Alat Bantu Mengajar: Kad Manila, "Game" (Dam ular, teka silang kata, puzzle, video-video, kad-kad,  dan lain-lain)


Antara Aktiviti & Tugasan-tugasan lain:
  • Penulis minit mesyuarat.
  • Jaga kaunter pendaftaran & sambut ibu bapa pada hari penyampaian "report card".
  • Bacaan Yassin setiap pagi Jumaat.
  • Layan tetamu jemputan sekolah menjamu selera.
  • Kelas tambahan PMR & SPM di waktu petang & malam.
  • Sambutan Hari Sukan.
  • Sambutan Hari Koperasi.
  • Sambutan Hari Raya.
  • Hias pentas dewan untuk majlis-majlis.
  • Tazkirah selepas solat & solat tarawih bersama pelalajar.
  • Majlis solat hajat.
  • Ikuti perkembangan aktiviti asrama, cari pengalaman.


Pengadil Bola Baling
Juru Gambar dan Pengerusi Majlis Sambutan Hari Koperasi Sekolah

Belajar dari guru-guru berpengalaman masukkan beras & santan kedalam buluh

Persiapan Sambutan Hari Raya

Pengawas Peperiksaan Akhir Tahun

Kursus Ibadah Haji
Mural di dinding 


Tips-tips yang saya dapat:

  1. Pergi sekolah awal.
  2. Pakaian formal, sopan tak berlebih-lebihan/terlalu "vouge" mengalahkan guru betul.
  3. Katakan ya! Jika diminta tolong. Cari sebanyak-banyak pengalaman kerana praktikal adalah peluang untuk mempraktikkan ilmu di tempat yang sebenar.
  4. Pakai "name tag" & kasut.
  5. Makan bersama guru-guru di kantin walaupun segan. Tak ada modal untuk berbual? Senyum je..
  6. Bergaul baik dengan semua warga sekolah, guru-guru, pelajar, ibu bapa, pembantu makmal, pak/mak "guard", warga kantin, tukang bersih, tukang kebun, pihak asrama.
  7. Buku RPH sentiasa lengkap & cantik (Be prepared ,before you are caught unprepared!)
  8. ABM mesti kreatif & tak sama untuk setiap hari bagi menarik perhatian pelajar & semestinya berwarna warni (simpan duit awal-awal sebelum praktikal untuk beli alatan-alatan yg tak diperuntukkan sekolah. Contoh: Gam, gunting, pen marker untuk setiap kumpulan bagi aktiviti berkumpulan. Dakwat printer, kertas warna. Kalau ada duit lebih, beli la hadiah ganjaran untuk pelajar).
  9. Sediakan helaian nota, latihan dalam kelas & edaran untuk kerja rumah. (Jimat masa daripada tunggu pelajar menyalin)
  10. Terima semua pandangan, kritikan-kritikan, komen-komen membina guru sekolah tersebut dengan hati yang terbuka (Biasanya guru-guru berkongsi dengan kita semasa di dalam bilik guru dan di kantin. Walaupun sibuk mereka tetap luangkan masa datang ke meja kita berkongsi pengalaman dan tips-tips).
  11. Jika dijemput untuk hadir majlis yang dijemput warga sekolah di luar waktu sekolah, cuba usaha untuk hadir. Peluang beraktivit sosial bersama masyarakat. (Antara yang saya ikut: Kenduri kahwin, rumah terbuka hari raya, jamuan pindah rumah baru, jamuan guru-guru naik pangkat).


SMS: Alhamdulillah  berpeluang merasai detik-detik terindah ini dan menghabisikan praktikal ini dengan jaya. Buat keluarga, guru-guru, sahabat-sahabat, pensyarah-pensyarah, seluruh warga sekolah, warga UPSI, warga Temerloh & sesiapa yang menyokong & membimbing saya selama ni...Jazakumullah bikhair jaza'..:)

Friday, February 1, 2013

بسم الله والحمد لله: Basmalah dan Tahmid


Mulakan segala ibadah dengan Basmalah: بسم الله الرحمن الرحيم~
Sudahi dengan Tahmid: الحمد لله رب العالمين~

Begitulah sehari dalam hidup kita~
Mudah-mudaha dirahmati Allah~

Contohnya:

Mulakan ibadah (Tidur) dengan:

 باسمك االهم أحيا وأموت

Sudahi ibadah (Tidur) dengan:

الحمد لله الذي أحيانا بعد ما أماتنا وإليه النشور


SMS: Moga ibadah kita diredhai-Nya dengan usaha ini~

الصَّلَاةُ والسَّلَام: Lirik Nasyid Kumpulan Raihan Assolatu Wassalam


Selawat dan salam

صَلَاةُ اللهْ سَلَامُ اللهْ عَلَى طهَ رَسُولِ الله
Selawat & salam dilimpahkan Tuhan atas Nabi Muhammad pesuruh Allah.

صَلَاةُ اللهْ سَلَامُ اللهْ عَلَى يس حَبِيْبِ الله
Selawat & salam dilimpahkan Tuhan atas Nabi Muhammad kekasih Allah.

إِلَهَنَا مَا أَعْدَلَك
Tuhan kami, kami belum siap untuk menghadapMu

مَلِيْكُ كُلِّ مَن مَلَك
Raja bagi setiap pemerintah; Pun begitu,

لَبيكَ إِنَّ الحَمْدَ لَك
kami menyahutMu; sesungguhnya pujian hanyalah untukMu

وَالمُلْكُ لَا شَرِيْكَ لَك
dan kerajaanMu; tiada dua bagiMu.

إِلَهِي سَلِّمِ الأُمَّةْ مِنَ الأَفَاتِ وَالنِّقْمَة
Ya Allah, selamatkanlah umat muslimin dari malapetaka & kemurkaanMu

وَمِنْ هَمِّ وَمِنْ غُمَّةْ بِأَهْلِ الْبَدْرِ يَا الله
dari segala kedukaan & kesusahan dengan berkat pejuang Badar Ya Allah 

إِسْتَجِبْ دُعَاءَنَا يَا الله
Terimalah doa kami ya Allah

اِلَهِىْ نَجِّنَا وَاكْشِفْ جَمِيْعَ اَذِيَّةٍ وَاصْرِفْ
Ya Allah, lepaskanlah & hilangkanlah segala yang menyakiti & balikkanlah

مَكَائِدَ العِدَى وَالطُف
pedaya musuh & kasihanilah kami.

إِسْتَجِبْ دُعَاءَنَا يَا الله
Terimalah doa kami ya Allah


SMS: Jom banyakkan berselawat~