settings

Wednesday, July 27, 2011

Tazkiyatun Nafs Sebelum ke Alam Barzakh

Bermulalah semula rutin tahunan sepanjang kehidupan. Kedengaran lagu-lagu nasyid diputarkan di media, drama-drama keinsafan di tayangkan, iklan-iklan buah kurma malah pelbagai kiriman ucapan diterima. Semuanya untuk mengingatkan kembali kemuliaan Ramadhan yang di muliakan Allah yang maha mulia dan kerana itu lah kita sering mendengar ucapan Ramadhan al-Karim, di jawab dengan Allahu Akram. SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahu Akbar kerana masih memberi peluang bernafas kepada kita untuk menghayati keindahan agama Islam supaya mengabdikan diri padaNya Allahu Rabbi~


~Tazkiyatun Nafs~
 Menyucikan hati dari sifat-sifat tercela dan mengisinya dengan sifat-sifat terpuji. Alangkah susahnya mendidik hati. Sedangkan ia adalah pandangan Tuhan. Menjadi wadah rebutan malaikat dan syaitan. Alangkah susuahnya mendidik hati. Bila dipuji sombong menghiasi diri. Bila diuji dengan pencaci, pencaci dibenci hingga berdendam. Sama-samalah kita mendidik hati menuju jalan kebenaran demi mencari redha Ilahi. Nabi sebagai idola, pernahkah kita terfikir bagaimana mulia dan bersihnya hati Nabi kita? Tetap senyum bila dibenci, tetap tenang bila dimusuhi, tetap membantu walau disakiti, tetap menyeru walau diusir pergi.


~Tazkiyatun Nafs, Menyucikan hati dari sifat-sifat tercela dan mengisinya dengan sifat-sifat terpuji~
KEPENTINGAN MELAKUKAN TAZKIYATUN NAFS

Bermuhasabah diri, bertafakur merenung kejadian alam, mencari dan memohon petunjuk dari Allah SWT adalah untuk mencapai kasih sayangNya dan kesempurnaan Islam. Kita perlu mengambil masa untuk bersendiri dengan tujuan membersihkan penyakit-penyakit jiwa dan sifat-sifat mazmumah yang boleh merosakkan amal seperti sikap pentingkan diri, dengki, cepat mengeluh dan seumpamanya.

Penyucian jiwa ini salah satu proses pentarbiyahan kepada setiap muslim untuk memikul beban dakwah. Qiamullail, Iktikaf, umrah, menunaikan haji, ziarah kubur, baca al-Quran, mengamalkan zikir seperti ma'thurat secara berkala, zikir harian adalah antara cara-caranya.

Moga kita dapat terus menyucikan jiwa, lagi-lagi sempena bulan Ramadhan yang akan tiba. Moga kita sama-sama diberi kesempatan untuk meningkatkan amalan kita sehingga akhir nafas agar nyawa diambil dalam kebaikan. In Sya Allah. Ya, Allah muliakan dan sayangilah saudara-saudaraku ini. Sihatkan dan bahagiakanlah keluarga mereka. Berkati rezekinya, kuatkan Imannya dan jauhkanlah dari segala fitnah serta berikanlah padanya kenikmatan dalam menjalankan ibadah puasa Ramadhan.




Sahabat.. Masih ada waktu
Untuk kau dan aku menghitung
Dosa-dosa lalu

Lantas membasuhnya
Kembali menyinar
Menghiasi taman-taman kasih

Masih ada waktu bagi kita
Mengikis coreng-coreng mazmumah
Dan mengutip kuntuman mahmudah
Menghiasi kamar hidup ini

Dan masih ada waktu bagi kita
Untuk memupuk kasih dan sayang
Sekuntum cinta Ilahi
Seharum cinta yang murni

Moga ukhwah yang dicipta ini
Kan terjalin bersama mesra sejati
Bersama memupuk kasih cinta Ilahi
Moga bahgia di negeri abadi

Tuesday, July 19, 2011

~Semester Khas, Kelebihan dan Cabarannya~

       
KELEBIHAN 
  • Naik bas tak payah beratur panjang
  • Selalu dapat duduk dalam bas
  • Belajar dengan aman tanpa bunyi bising...
  • Jadual kuliah yang best (kalau ikut jadual saya...hari Isnin,Rabu,Sabtu,Ahad tak ada kuliah)
  • Masa belajar yang lebih
  • Dalam kelas dapat tumpuan yang lebih
  • Dapat kenal semua rakan sekuliah dengan lebih rapat (Kalau semester biasa terlalu ramai nak kenal)
  • Tak perlu berasak-asak di luar bilik pensyarah untuk bertemu mereka
  • Senang nak berunding dengan pensyarah (Tukar jadual kelas waktu yang sesuai, semak tugasan banyak kali dengan pensyarah, runding tarikh hantar tugasan)
  • Dapat pinjam buku dari library lama-lama (kesian pun ada, kat orang lain yang nak pinjam)
  • Line internet yang lebih ok la dari selalu walaupun tak excellent~
  • Baru bayar bil elektrik rumah sewa yang berharga 15 sen!~(Sem biasa?puluhan ringgit)
  • Kebetulan bulan barakah = RAMADHAN (Alhamdulillah murah rezeki, berkali-kali juga dapat bubur lambuk PERCUMA)
  • Musim peperiksaan yang lebih tenang di dewan SITC yang besar (tak perlu berasak-asak masuk dewan cari tempat duduk...duduk je mana-mana pun)
Lagi apa ek...rasa macam banyak lagi..nanti kalau ingat tambah la...

Hari ni hari apa ek?

CABARAN 


  • Masa belajar yang singkat
  • Semua kerja kena buat lebih pantas dari biasa
  • Habiskan hafaz surah kahfi sepanjang tempoh sem khas ni (bagi yang ambil kursus sejarah Islam la..)
  • Ada anjing sesat...sebelum ni tak ada rasanya~gulp~
  • Rasa tak meriah  bila tak ramai 'students' kat sini...
  • Tak ada 'Study week'

KESIMPULAN

Nak 1000 daya Tak nak 1000 dalih!

Cuba dulu baru tau!

~Tak nak la taip cabaran yang mengarut lagi~Mungkin bagi anda cabaran ni kacang je kan.....so what? apa lagi...'next sem' kalau ada sem khas..jom la kita buat ramai2...baru meriah...;-)


Alhamdulillah~Hari ni bersamaan 24 Ogos 2011 selesai sudah peperiksaan akhir, bermakna tamat lah sudah perjuangan  kita menghabiskan semester khas ni dengan harapan  agar kejayaan diperoleh Ibadah Ramadhan diraih sempena bulan Ramadhan ni~Moga di hari kemenangan umat Islam sempena Aidil Fitri nanti kita juga dapat meraikan kemenangan perjuangan semester khas dengan peroleh keputusan yang cemerlang~In Sya Allah~ Tawakkalna ~

Friday, July 8, 2011

‎Ta'assub Beragama Timbulkan Perpecahan Ummah

    Ta'assub beragama timbulkan perpecahan ummah merupakan isu yang pernah hangat diperkatakan dan merupakan isu yang pernah ditimbulkan didalam media. "Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.".Berdasarkan firman Allah didalam surah Al Israa' ayat 36 ini, kita tidak seharusnya bertaqlid semata-mata tanpa berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dengan mempercayai dan mengikuti sahaja pandangan sesiapa pun melainkan dengan cara ber'ittiba ikut berasaskan hujjah dari dalil al-Quran, Sunnah Rasulullah s.a.w, tokoh-tokoh seperti ulama' mazhab yang berijtihad mengenai sesuatu hukum. Akal juga memainkan peranan dalam mengkaji dan menilai sesuatu perkara. Perlu kita ingat, dalam beragama juga kita seharusnya tidak terlalu ta'assub kerana ia akan menimbulkan perpecahan. 
    
    Sebagai contah seseorang yang ta'assub dengan sesuatu mazhab atau pandangan seseorang ulama' atau ideologi-ideologi menolak kebenaran mazhab dan ulama'-ulama' lain kerana beranggapan seseorang tokoh yang kita puja itu sahaja yang betul dalam segala-galanya. Perumpamaan juga boleh dibuat dengan mengumpamakan seseorang peminat yang berminat dengan seorang pemain bola yang namanya gah di dunia atas kejayaan pasukannya tetapi pada satu hari, tersebar berita yang terbukti kebenarannya pemain itu mengambil dadah dan mengamalkan rasuah, oleh kerana terlalu ta'assub dalam memuja pemain tersebut, peminatnya tadi tetap beranggapan pemain itu tak mungkin melakukannya dan menganggap pasti ada pihak tertentu yang cemburu dengan kejayaan pemain itu seterusnya mereka-reka cerita tentang keburukan diri pemain tersebut sehingga menolak kebenaran bukti yang telah jelas menyatakan pemain tersebut bersalah. Selain itu, ta'assub boleh dielakkan dengan meninggalkan pujian-pujian dan sanjungan-sanjungan yang berlebihan terhadap individu-individu atau golongan-golongan tertentu.
    
   Islam adalah agama untuk seluruh alam dan manusia adalah pemimpin jadi tidak timbul persoalan siapa yang berhak untuk berdakwah kerana seluruh ummah seharusnya menjalankan tanggungjawab tersebut bukan hanya menyerahkan tanggungjawab tersebut pada para ulama' semata-mata. Kita punya banyak peluang untuk sama-sama memperingati diri. mereka yang petah berhujah, jadikan kelebihannya sebagai medan dakwah. andai terasa keupayaan berdiri di depan orang tiada, masih ada pena sebagai gantinya. sekurang-kurangnya tulisan-tulisan ini boleh dibaca dan menimbulkan sekelumit kesedaran di hati insan yang peka. Kita ada tanggungjawab terhadap diri sendiri dan saudara kita di luar sana. Jangan pernah lupa. Paling utama, ikhlaskan niat di setiap perbuatan demi redha-Nya.
    
   Zaman globalisasi ini, ramai yang menggunakan laman sosial untuk berdakwah dan mencari ilmu kerana mungkin tidak semua orang berpeluang, berkelapangan dan berkemampuan dari segi faktor kesihatan, kewangan, usia, keselamatan dan sebagainya untuk mendalami ilmu agama seperti menuntut di universiti-universiti terkemuka mahupun di sekolah-sekolah pondok didalam mahupun di luar negeri. Selaras dengan fardhu kifayah, disamping ilmu-ilmu agama setiap orang juga perlu belajar dan mendalami bidang-bidang ilmu yang lain. Sesiapa sahaja boleh berkongsi maklumat dan apa sahaja ilmu di alam maya ini cuma diri kita sendiri yang perlu bertindak memainkan peranan untuk menyelidiki dahulu apakah perlu untuk mengikutinya atau tidak dan terus berusaha meningkatkan ilmu dengan cara menuntut ilmu dari guru.

   Melalui alam maya, kita berpeluang untuk memberi teguran seperti di laman-laman web juga di laman-laman sosial dengan harapan orang-orang yang membaca teguran atau nasihat yang ditulis mampu untuk menegur secara perbuatan juga lisan menyampaikan pula kepada orang lain. Orang-orang disekeliling tidak mungkin dapat menghabiskan setiap waktu yang mereka ada untuk mendampingi kita bagi menegur salah silap kita. Sedarlah, hanya Allah yang sentiasa ada bersama kita! Ingat perjanjian kita setiap hari didalam solat iaitu sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah.
    
   Sesungguhnya setiap amalan dimulakan dengan niat. Setiap orang mempunyai niat masing-masing dan kita pula tidak mungkin tahu niat orang lain. Bersangka baiklah kepada setiap orang dengan terlebih dahulu membezakan baik dan buruk serta berusaha melihat kebaikan didalam keburukan seseorang. Bak kata pepatah 'Ilmu yang baik dijadikan teladan segala yang buruk tolak ketepi'. Guru pernah mengingatkan, dalam memberikan teguran kita seharusnya berhati-hati dengan segala tindak tanduk kita agar berhikmah manakala dalam usaha kita menjaga perasaan orang lain didalam perbincangan, berbahaslah bagai menarik rambut dari dalam tepung juga bersederhanalah dalam setiap perkara. 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

~SMS~

Moga dipermudahkan Allah dalam setiap urusan kita. Salam Ukhwah dan selamat meneruskan perjuangan dalam mencari ilmu.