settings

Tuesday, August 23, 2011

Fahaman Sekularisme berleluasa~MERDEKAKAH KITA?

~Faham kan erti sebenar~"لا اله إلا الله" 


Moga RAMADHAN kali ini dapat melahirkan GENERASI AL-QURAN YANG GEMILANG dan UNIK~MERDEKA dari sifat mazmumah dengan sentiasa muhasabah diri menyucikan hati (TAZKIYATUN NAFS).





Kesan buruk fahaman sekularisme berleluasa~(Modern-Rasional-liberal-kapital-pragmat-kolonial-material-hedon) dan lain-lain fahaman -isme~MERDEKAKAH KITA?


Sekularisme : Suatu fahaman falsafah yang memisahkan pemikiran dan kegiatan hidup beragama dalam seluruh kegiatan hidup bermasyarakat dan bernegara.


Modernisme : Mengajak masyarakat meninggalkan segala amalan tradisional ke arah hidup secara moden~Agama juga mesti di ubah supaya selari dengan pemikiran moden.
Rasionalisme : mengajak masyarakat berfikir secara logik dan menolak segala yang bertentangan dengan logik akal~Kepercayaan kepada kuasa ghaib, alam akhirat, syurga, neraka dan sebagainya perlu ditolak.
Liberalisme : Mengajak masyarakat berfikir secara bebas~Bersikap terbuka menerima apa sahaja pemikiran dan budaya tanpa kawalan peraturan agama dan adat tradisi.
Kapitalisme : Memberi kebebasan sepenuhnya untuk mengaut keuntungan dan faedah untuk peribadi tanpa ambil kira kepentingan masyarakat~Amalkan Riba'/Interest/Bunga.
Pragmatisme : Mementingkan kehendak majoriti dalam masyarakat walaupun salah dan memberi kesan kepada akidah dan akhlak umat Islam.


Kolonialisme : Penjajahan yang bukan sahaja menjajah aspek fizikal dan materialnya tetapi termasuk pemikiran dan adat tradisi masyarakat sehingga yang terjajah sukar untuk bangkit sebagai bangsa merdeka dan berdaulat kerana perasaan dan pemikiran mereka sentiasa terkongkong dan terjajah.


Materialisme : Mementingkan kekayaan dan segala yang bersifat fizikal dan menolak aspek spiritual yang dianggap sebagai penghalang tamadun~Kuasa ghaib dan dosa pahala diketepikan mereka yang berkefahaman ini.


Hedonisme : Hidup hanya untuk berseronok.



Saturday, August 13, 2011

Jangan Melihat Siapa yang Berkata Tetapi Lihatlah Apa yang dikatakan/Lihatlah Siapa yang Berkata



Jangan Melihat Siapa yang Berkata Tetapi Lihatlah Apa yang dikatakan:

Biasa kita dengar ada orang yang berkata, "Ala..kau siapa nak nasihat kan aku? Kau tu penagih dadah, kau tu pelacur". Seseorang yang melakukan perkara yang dilarang oleh agama memberi nasihat dan teguran. Bersangka baiklah kepada mereka penagih dadah dan pelacur tersebut yang memberi nasihat kepada orang lain agar jangan cuba hisap dadah dan jangan jadi pelacur kerana mungkin mereka dah menyesal setelah merasai kesannya dan tak mahu orang lain turut melakukannya.

Lihatlah Siapa yang Berkata:

Ittiba'( ikut gunakan akal dan berpandukan al-Quran dan Sunnah dan bukan Taqlid buta ( Ikut semata-mata tanpa berpandukan Quran & Sunnah)
Pada pandangan saya,  dalam usaha untuk mencari ilmu agama atau ilmu-ilmu lain, kita kena tahu siapa yang berkata. Sebagai contoh, orang yang belajar dalam bidang akaun dan menjadi seorang akauntan tiba-tiba masuk bilik pembedahan menggantikan doktor merawat pesakit, apa kesannya? Manakala dalam bidang agama pula kita kena tahu siapa yang berkata agar tidak terikut ajaran golongan yang tidak sepatutnya seperti mereka yang diragui Islam atau bukan Islam seperti Orientalisme iaitu golongan Barat yang mendalami ilmu agama yang mempunyai pelbagai tujuan. Antaranya mengkaji al-Quran untuk ilmu sains sahaja pada mulanya tetapi akhirnya memilih untuk mengikuti agama Islam dan meninggalkan agama lamanya setelah meyakini kehebatan Islam melalui sains sepertimana yang tertulis di dalam Quran bertahun lamanya dulu. Namun begitu terdapat juga Orientalis yang belajar membaca dan mengkaji al-Quran untuk memesongkan aqidah ummat Islam. Ayat yang digunakan kadang-kadang nampak hebat kerana mereka dah kaji Quran berkali-kali sedangkan ada umat Islam khatam Quran berkali-kali tapi ada yang tak faham isi-isi kandungannya. Begitu juga dengan fahaman-fahaman (-sme) yang lain kita perlu berhati-hati dengan golongan seperti ini di laman-laman sosial di Internet seperti dalam ruang-ruangan agama yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran kerana golongon orientalis dan siapa-siapa sahaja boleh menyertai ruangan ini hanya dengan menekan butang LIKE / ASK TO JOIN GROUP seperti di laman sosial Face Book~ BERHATI-HATILAH!
--------------------------------------------------------------------------------------------------

~SMS~

Lihatlah pada apa yang dikata, bukan siapa yang berkata kena letak ikut SITUASI yang betul.Boleh asalkan apa yang dikatakannya itu menyeru kepada kebaikan dan menolak kemungkaran~Tak kan kita nak ikut je kata-kata semua orang tanpa lihat dulu siapa dia dan tak perlu kaji dulu apa yang disarankannya..Contoh : Ada ORANG ISLAM ni kata jom minum air ni yang kita tak tau air apa pun (Ntah-ntah dia bagi racun) baik untuk kesihatan katanya, orang yang tak tau apa-apa ni pun percaya sebab yang ajak minum tu kawan baik dia (yang sebenarnya musuhnya yang brpura-pura baik), oh ye ke?Terus minum tanpa selidik dahulu kerana terlalu ta'assub dengan kawan yg disangka baik tu tambahan pula akan dapat kebaikan jika minum air tu~ Bagus dia husnu zon (brsangka baik) tapi bersangka baik juga perlu gunakan akal~Akal pula haruslah diguna dengan berpandukn al Quran dan sunnah~Wallahu a'lam~

Walaupun seorang pencuri menasihati kita supaya jangan mencuri! akan TETAPI!

" Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?
Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"
(Surah As-Saff 61: 2-3)
Jika kita dapat menghidu golongan seakan-akan orientalisme ni jauhkn diri darinya dibimbangi akan terpesona degan ayat-ayatnya yang sekan-akan hebat kerana Iman kita sentiasa berbolak balik apa lagi jika mahu berdebat dengannya serahkan pada ulama' seperti sesi diolaog antara paderi & ulama Islam yang pernah dilaksanakn~