settings

Thursday, October 27, 2016

Meminta dan Memberi

Adat meminta,
jika mahukan sesuatu
pertolongan mahupun benda
kita mencari mereka
yang paling rapat.

Adat memberi,
jika mahu menghulur
pertolongan mahupun benda
kita utamakan mereka
yang paling rapat.

Segan membiasakan kita,
meminta dan memberi
pada mereka
yang paling rapat.

Ajaibnya tanpa segan,
kita meminta pada-Nya
yang setia memberi
tanpa mengira
yang paling rapat,
yang paling jauh.

Kerana,
Dia Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang.

Allahu Somad,
Tuhan yang bergantung kepada-Nya
segala sesuatu.

Siti Muslihah Binti Sudin,
Sri Aman, Sarawak.
Jumaat, 28 Oktober 2016.


Friday, May 20, 2016

Kerja

Kerja.


Kalau kita ucap

'penatnya' atau 'tension' nya,

kita tak dapat apa dan mungkin dapat dosa.


Tapi kalau kita gantikan dengan mengucap 'Astaghfirullahaladzim',

insya'Allah kita dapat pahala,

dan hati pun senang.

Bahagia dunia.

Bahagia akhirat.


Hari-hari betulkan niat.

Kerja kerana Allah S.W.T.

Mudah-mudahan dikira sebagai satu ibadah.

Gaji pun berkat,

juga dikasihi masyarakat.


‪#‎Muhasabah‬ ‪#‎Note_to_myself‬


Saturday, May 14, 2016

Mengejar Anganku.

Alhamdulillah atas segala nikmat kurniaan Allah S.W.T.
Alhamdulillah, 15 Mei 2016 diberi-Nya kesempatan untuk ku menulis disini lagi. Meluahkan kegembiraan, keterujaan ku dalam mengejar angan ku.
Alhamdulillah, esok 16 Mei 2016 Sambutan Hari Guru Kali ke-2 untuk ku. 
Alhamdulillah angan-anganku kian menjadi nyata. Angan-angan untuk menjadi seorang guru tetap :)
Alhamdulillah sudah mendapat surat panggilan untuk menyertai Program Transformasi Minda pada bulan Jun 2016 ini untuk pengesahan jawatan. 

Oktober 2014 bermulanya suka duka sebagai seorang guru di salah sebuah sekolah di negeri Sarawak. InsyaAllah antara momen terindah dalam hidup ku. Pelbagai ilmu dan pengalaman baru diperolehi. InshaAllah akan dkongsikan disini nanti.

Selamat Hari Guru!
Terima kasih, cikgu!
Terima kasih cikgu-cikgu yang membantu aku mengejar anganku.
Kelak akan ku bantu anak-anak muridku mengejar angan mereka pula.

Mengejar anganku. Semoga diberkati dan diredhai Allah S.W.T.