settings

Sunday, November 27, 2011

Menyeramkan

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Di Hidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali ke Dunia Nyata



Kembali Oh Kembali,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,

Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,

Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu


Seram tak? huhu..memang nak bagi diri sendiri seram pun..biar ingat sikit nanti kita pun kena bungkus (kapan) macam tu..mana la tau kalau-kalau ada sikap kita yang sekarang ni di benci Allah dan masyarakat sekeliling tapi kita tak sempat minta maaf. Bila ingat mati, tak kan kita berani nak buat jahat kan?

Sebelum nak buat jahat (Apa yang dilarang Allah):
  1. Takutlah kepada janji siksaan Allah kepada orang-orang yang mungkar. 
  2. Takut nanti tak ada orang nak datang tolong bungkuskan (kapan). Takut-takut berulat pula mayat..lagi seram la jenazah kita nanti.
  3. Takutnya hidup dalam kubur yang gelap dan sempit...ada ular, ulat..aduh..takutnya...
  4. Takut tak tau nak jawab apabila di soal Allah apa yang kita buat kat dunia ni.
  5. Takutnya...bila kita dah nak sampai pintu syurga...tiba-tiba kena tahan sebab ada antara ahli keluarga atau sahabat-sahabat salahkan kita tak nasihatkan dia atau tak bagitau dia apa yang dia buat masa kat dunia tu salah.
  6. Takut sebab kita tak tau apa yang kita buat selama ni diterima Allah atau tak...(contoh: Solat kita selama ni Allah terima ke tak?~Ada dalil yang mengatakan orang yang solatnya tak diterima kerana lalai~Surah Al-Maa'uun ayat 4-5 " Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat (iaitu) orang yang lalai dari solatnya")..

Exam ni lagi mendebarkan sebab tak tau bila masa, tarikh, tempat kita mati (darat/laut/api), cara mati..sakit? "accident"? lemas? kebakaran?Tiba-tiba tak bangun-bangun dari tidur?.."So what? Let's prepare for the final exam"~Jom kita sama-sama bersedia awal-awal sebelum terlambat~

Makin difikir makin takut....takutnya...Na'uzubillahi min zalik~

Tapi jangan lupa...Allah kan maha penyayang...Ancaman-ancaman kat atas tu kan tanda Allah sayangkan kita sebab tu Dia bagi amaran-amaran melalui Al-Quran...Peraturan-peraturannya pula untuk mengaturkan hidup kita supaya tak jadi tunggang langgang (Bayangkan semua orang boleh buat apa yang dia nak buat ikut suka hati dia)...

Antara tip untuk berjaya yang ada dalam Al-Quran:

-         Sering mengingati mati kerana dengan mengingati mati kita akan sentiasa berusaha menyiapkan bekalan untuk ke akhirat nanti.

كل نفس ذائقة الموت

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.
(Ali 'Imran:185)

Jantung Saya? Dup dap...Dup dap...~(SMS)~

Sunday, November 20, 2011

Engkaulah Apa Kau Fikirkan

~Susah-susah dahulu, senang kemudian..(^^,)~


Input: Apa yang saya dapat minggu ni? A + B + C : Attitude + Believe + Commit

Proses:
  1.  Kalau nak berjaya kita perlu lakukan apa yang orang berjaya selalu lakukan dan tinggalkan apa yang orang gagal sering lakukan.
  2.  Percaya apa kau lakukan kerana engkaulah apa kau fikirkan.
  3. Tabah apa kau usahakan.



Jika kau fikirkan kau boleh,
kau hampir boleh melakukan,
Jika kau fikirkan ragu-ragu,
Usahamu tidak menentu.



Output:

In Sya Allah akan berjaya : Disertai Usaha, Doa, Tawakkal + Ilmu, Iman, Amal



Naqibah: Apa yang kamu fikirkan bila tengok huruf ni(ABC)?
SMS: 
Aaaa...urm....haa..Air batu campur...
Naqibah: Lagi?
Sahabat 1: Allah bagi cuti..

Naqibah: (Tulis atas kertas A: Attitude, B: Believe, C: Commit) & tazkirah pun bermula

~Tamat~



Ingat subjek 'ABC' yang dah belajar masa kecik-kecik dulu tu dah cukup ke? Tak cukup la! Buktinya...soalan tadi tu....teragak-agak SMS nak jawab...amekaw!  Bila fikir-fikir balik, a'ah kan...sebenarnya banyak lagi yang kita boleh belajar dan dah belajar banyak pun tanpa kita sedar dari semua huruf-huruf ni...dah tentu banyak lagi yang kita dah belajar dan akan belajar dari ABC sebab dalam setiap ayat (Bahasa Melayu, Inggeris dan yang seumpamanya) pasti wujud huruf-huruf ni~ Kalau ا, ب, ت? baca la sendiri Al-Quranul Karim betapa banyaknya yang kita boleh belajar dari kalam Allah kerana sesungguhnya ilmu Allah itu luas dan Allah Maha Mengetahui~SubhanAllah~



To make the better best, I pledge my head for clearer thinking~SMS~

Saturday, November 19, 2011

Penghutang & Pemiutang: Perundangan Islam vs Ah Long



DEFINISI:

PENGHUTANG: Pihak yang membuat pinjaman (pihak yang berhutang)
PEMIUTANG: Pihak yang memberikan pinjaman.

PERUNDANGAN ISLAM:

Menjaga kepentingan pemiutang dengan memberi pinjaman secara:

  1. Bertulis
  2. Beri pinjaman dengan disaksikan oleh saksi-saksi
  3. Beri pinjaman melalui gadaian
Al Baqarah; 282, 283

282. "Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu'amalah(berjual beli, hutang piutang, atau sewa menyewa dan sebagainya) tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. Dan hendaklah seorang penulis diantara kamu menuliskannya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menuliskannya sebagaimana Allah mengajarkannya, maka hendaklah dia menulis,dan  hendaklah orang yang berhutang itu mengimlakkan(apa yang akan ditulis itu) dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangi sedikitpun daripada hutangnya. Jika yang berhutang itu orang yang lemah akalnya atau lemah(keadaannya) atau dia sendiri tidak mampu mengimlakkan, maka hendaklah walinya mengimlakkan dengan jujur.

Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki(di antaramu). Jika tak ada dua orang lelaki, maka(boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi-saksi yang kamu ridhai, supaya jika seorang lupa maka yang seorang mengingatkannya. janganlah saksi-saksi itu enggan(memberi keterangan) apabila mereka dipanggil; dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu, baik kecil mahupun besar sampai batas waktu membayarnya. yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih menguatkan persaksian dan lebih dekat kepada tidak(menimbulkan) keraguanmu. (Tulislah Mu'amalah itu), kecuali jika mu'amalah itu perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu, maka tidak ada dosa bagi kamu, (jika) kamu tidak menulisnya. Dan persaksikanlah apabila kamu berjual beli; dan janganlah penulis dan saksi saling menyulitkan. Jika kamu lakukan(yang demikian), maka sesungguhnya hal itu adalah suatu kefasikan pada dirimu. Allah mengajarmu; dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu."

283. "Jika kamu dalam perjalanan (dan bermu'amalah tidak secara tunai) sedang kamu tidak memperoleh seorang penulis, maka hendaklah ada barang tanggungan / gadaian yang dipegang( bila satu sama lain tidak percaya mempercayai) oleh yang berpiutang. Akan tetapi jika sebagian kamu mepercayai sebagian yang lain, maka hendaklah yang dipercayai itu menunaikan amanahnya(hutangnya) dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya; dan janganlah kamu(para saksi) menyembunyikan persaksian. Dan barangsiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya; dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan ."

PERUNDANGAN AH LONG:


Ah long adalah gelaran kepada ceti haram yang menawarkan pinjaman kewangan secara haram pada kadar faedah yang sangat tinggi kepada si peminjam, disusuli dengan ugutan ataupun ancaman keganasan.

Mengiklankan perkhidmatan mereka dengan mengedarkan kad perniagaan mereka sebagai contoh.

Mengugut sebelum mebunuh seperti menyembur, menyimbah atau menconteng dengan cat merah pada dinding rumah atau bangunan milik peminjam sebagai ugutan kepada pihak yang gagal menjelaskan semula sehinggakan ada peminjam yang mengambil jalan membunuh diri.


Pembayar hutang;




Hadis Riwayat Bukhari

Sabda Nabi "Penundaan hutang bagi mereka yang mampu adalah satu kezaliman".

Rasulullah s.a.w. mengingatkan, orang berhata yang sengaja menangguhkan pembayaran hutangnya termasuk dalam kalangan orang yang zalim.

Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang:

Hutang mepunyai kaitan dengan sedekah sebagaimana terdapat dalam sabda Nabi:

Hadis Riwayat Uqbah Amir:

Sabda Nabi "Jangan kalian membuat takut jiwa selepas ketenangannya: Mereka berkata: Apa itu wahai Rasulullah? Beliau bersabda: Hutang".

Penerima bayaran:

Al baqarah: 280:

"Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui."

Al maidah: 2:

"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pencerobohan. dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksaNya."

Hadis Riwayat Muslim:

Sabda Nabi "Allah akan menolong hambaNya selama mana hamba itu suka menolong saudaranya. Memberi hutang boleh bertukar wajib apabila orang yang memerlukan hutang itu amat terdesak, seperti di timpa musibah, bencana dan kurang upaya.

Shortly Muslihah Says:
Ah Long: Lu langsi, lu mati!
Orang Mukmin: Kami bukan Ah Long, kami cuma nak tolong! ~SMS~

Amalkan Bacaan Ma'thurat

Saturday, November 12, 2011

Interaksi Mukmin dengan Al-Quran dari sudut sains

~Memerhati ciptaan, Mencintai pencipta~

Boleh ke nak ber 'blog' / ber 'FB' tanpa nikmat mata yang dikurniakan Allah? Na'uzubillahi min zalik dari ditarik semula pinjaman-Nya...~(SMS)~


"Dan dialah yang telah menciptakan bagi kamu sekalian, pendengaran, penglihatan dan hati. Amat sedikitlah kamu bersyukur ( menggunakan alat-alat tersebut untuk memerhatikan bukti-bukti kebesaran dan keesaan Tuhan, yang dapat menambah keimanan kepada Allah s.w.t serta taat dan patuh kepada-Nya)"
(Al-Mu'minuun:78)
" Dan (juga) pada dirimu sendiri (tubuhmu). Maka apakah kamu tidak memerhatikan (renungkan?)"
(adz-Zariyat: 21)
“Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), Karena itu kami jadikan dia mendengar dan Melihat.”
(Al-Insaan:2)
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?"
(Ar-Rahman: Berulang-ulang kali dinyatakan)
 



Thursday, October 27, 2011

Dah Bersiap Sedia?

Sesuka hati je guna pistol tu...ada lesen ke?huhu

Setiap detik nafas yang disedut adalah nikmat yang diberikan Allah s.w.t berupakan peluang untuk kita kembali meraih janji-janjiNya. Banyak tulisan-tulisan yang telah menceritakan cara menjaga kesihatan tubuh, menjaga hati dengan membersihkan diri melalui penyucian jiwa, menundukkan pandangan dan sebagainya. Selain itu ingatlah, kita juga wajib menjaga anggota tubuh badan  kerana ia merupakan amanah dari Allah untuk membantu kita bergerak melakukan kerja-kerja dan amalan-amalan ibadah dengan mudah . 


" Pada hari ini (Hari kebangkitan) Kami tutup mulut mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan."(Yaasiin : 65).

 Ayat ini menjadi bukti, Allah meminjamkan anggota badan kepada manusia supaya manusia berusaha menggunakan anggota badan didahului dengan melangkahkan kaki ke tampat-tempat ibadah diikuti pula anggota badan yang lain yang mengikut agar melakukan amalan-amalan baik yang merupakan kunci untuk menembusi pintu syurganya.


 Bersiap sedia? Ya, dalam apa perkara pun kita perlu sentiasa bersiap sedia. Kita di latih untuk bersedia di awal pagi lagi  ketika mana terjaga saja dari tidur, kita terus menadah tangan berdoa "Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali". Doa adalah persediaan mental untuk memulakan kehidupan baru kearah kehidupan yang lebih baik selepas dimatikan sementara semalaman. Ibadah tidur yang merehatkan mental dan fizikal pula sebagai persediaan untuk kita mengerah semula tenaga fizikal untuk berkerja dan beribadah.


" Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang yang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)." (Al Anfaal : 60)

 Melayari ruangan-ruangan berita yang melaporkan keganasan manusia sesama manusia, wanita maut dibunuh setelah diperkosa, lelaki mati ditikam penyamun melahirkan pelbagai emosi yang berbaur seperti sedih dan marah bagi manusia yang masih ada sifat prihatin apabila membaca berita seperti itu. Memadaikah dengan hanya prihatin terhadap orang lain tetapi tidak prihatin terhadap diri sendiri?  Bolehkah kita bertenang bila nyawa diancam? Siapkah kita sekiranya kita juga terpaksa melalui detik yang mendebarkan itu kerana diri sendiri diancam atau nantinya terkilan kerana tidak dapat membantu orang lain yang diancam di hadapan mata? Kata prihatin?

  Jadi, sebelum kita menyesal, kita perlu menyiapkan diri kita untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan seperti itu antaranya dengan cara mempelajari seni bela diri supaya boleh digunakan pada saat yang diperlukan kelak. Kita perlu mengikis sikap yang suka memberi alasan tiada masa kerana berkerja, tiada masa sibuk belajar, tiada wang untuk dikeluarkan dan sebagainya kerana harta yang hilang boleh di cari ganti tetapi jika tangan yang terputus ditetak penyamun? Boleh cari penggantinya? Sekiranya nyawa melayang dapatkah kita meminta agar dihidupkan semula?

Hakikatnya Allah yang menentukan hidup mati seseorang insan, tetapi sebagai manusia kita diseru agar berusaha. Tidak yakinkah dengan ayat Allah " Apa sahaja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)." (Al Anfaal : 60)". Bersiap sedialah menghadapi dugaan apa pun dengan menyiapkan bekalan yang sebanyaknya.






Sunday, October 9, 2011

الصلوات البدرية

"Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya." (Al Ahzab : 56)

Selawat dalam ayat di atas membawa maksud Allah s.w.t berselawat dengan memberi rahmat kepada Nabi manakala malaikat pula memintakan keampunan untuknya. Orang-orang yang beriman diseru oleh Allah agar berselawat kepada Nabi dengan berdoa supaya diberi rahmat melalui perkataan seperti : Allahuma Shalli ala Muhammad...Memberi penghormatan pula dengan cara menyebut Assalamu'alaika ayyuhan Nabi yang bermaksud "Semoga keselamatan tercurah kepadamu hai Nabi".

Sebagaimana yang kita sedia maklum Nabi Muhammad s.a.w di penghujung riwayatnya tetap ingat ummatnya..Ummati  Ummati  Ummati  (Ummatku) tanda cinta baginda terhadap kita~Malu lah kita nak mengharapkan syafaat daripada baginda di hari kiamat kelak sekiranya sombong padanya...tetapi itu ke penyebabnya? Hanya untuk mengharap balasan syafaat? Jika tidak, selawatlah sebagai bukti cinta padanya disamping mengamalkan sunnah-sunnah baginda dan amalan-amalan lain.

Eh, tunggu apa lagi? Tak kan masa Solat atau sambut kelahiran Nabi je baru nak banyakkan selawat kut? Jom kita selawat sekarang...1,2,3, mula~





صلاة الله سلام الله على طه رسول الله
Selawat dan salam dilimpahkan Tuhan atas Nabi Muhammad pesuruh Allah
صلاة الله سلام الله على يس حبيب الله
Selawat dan salam dilimpahkan Tuhan atas Nabi Muhammad kekasih Allah

توسلنا ببسم الله وبالهادي رسول الله
Kami bertawassul dengan BISMILLAH dan membawa petunjuk utusan Allah
وكل مجاهد لله بأهل البدر يا الله
Semua yang brjihad di jalan Allah khususnya pejuang Badar Ya Allah

صلاة الله سلام الله على طه رسول الله
Selawat dan salam dilimpahkan Tuhan atas Nabi Muhammad pesuruh Allah
صلاة الله سلام الله على يس حبيب الله
Selawat dan salam dilimpahkn Tuhan atas Nabi Muhammad kekasih Allah


الهي سلم الأمة من الأفات والنقمه
Ya Allah, selamatkanlah umat muslimin dari malapetaka dan kemurkaanMu
ومن هم ومن غمة بأهل البدر يا الله
Dari segala kedukaan dan kesusahan dengan berkat pejuang Badar Ya Allah


صلاة الله سلام الله على طه رسول الله
Selawat dan salam dilimpahkan Tuhan atas Nabi Muhammad pesuruh Allah
صلاة الله سلام الله على يس حبيب الله
Selawat dan salam dilimpahkan Tuhan atas Nabi Muhammad kekasih Allah



الهي نجنا واكشف جميع اذية واصرف
Ya Allah, lepaskanlah dan hilangkanlah segala yang menyakiti dan balikkanlah
مكائد العدا والطف بأهل البدر يا الله
perdaya musuh, kasihanilah kami dengan berkat pejuang Badar Ya Allah


صلاة الله سلام الله على طه رسول الله
Selawat dan salam dilimpahkn Tuhan atas Nabi Muhammad pesuruh Allah
صلاة الله سلام الله على يس حبيب الله
Selawat dan salam dilimpahkan Tuhan atas Nabi Muhammad kekasih Allah



الهي نفس الكربا من العصين والعطبا
Ya Allah, lepaskanlah kami dari kesusahan dan kehancuran kerana akibat orang yang melakukan maksiat
وكل بلية ووبا بأهل البدر يا الله
segala macam cubaan dan penyakit yang menular. Dengan berkat pejuang Badar Ya Allah


صلاة الله سلام الله على طه رسول الله
Selawat dan salam dilimpahkan Tuhan atas Nabi Muhammad pesuruh Allah
صلاة الله سلام الله على يس حبيب الله
Selawat dan salam dilimpahkn Tuhan atas Nabi Muhammad kekasih Allah

Tuesday, August 23, 2011

Fahaman Sekularisme berleluasa~MERDEKAKAH KITA?

~Faham kan erti sebenar~"لا اله إلا الله" 


Moga RAMADHAN kali ini dapat melahirkan GENERASI AL-QURAN YANG GEMILANG dan UNIK~MERDEKA dari sifat mazmumah dengan sentiasa muhasabah diri menyucikan hati (TAZKIYATUN NAFS).





Kesan buruk fahaman sekularisme berleluasa~(Modern-Rasional-liberal-kapital-pragmat-kolonial-material-hedon) dan lain-lain fahaman -isme~MERDEKAKAH KITA?


Sekularisme : Suatu fahaman falsafah yang memisahkan pemikiran dan kegiatan hidup beragama dalam seluruh kegiatan hidup bermasyarakat dan bernegara.


Modernisme : Mengajak masyarakat meninggalkan segala amalan tradisional ke arah hidup secara moden~Agama juga mesti di ubah supaya selari dengan pemikiran moden.
Rasionalisme : mengajak masyarakat berfikir secara logik dan menolak segala yang bertentangan dengan logik akal~Kepercayaan kepada kuasa ghaib, alam akhirat, syurga, neraka dan sebagainya perlu ditolak.
Liberalisme : Mengajak masyarakat berfikir secara bebas~Bersikap terbuka menerima apa sahaja pemikiran dan budaya tanpa kawalan peraturan agama dan adat tradisi.
Kapitalisme : Memberi kebebasan sepenuhnya untuk mengaut keuntungan dan faedah untuk peribadi tanpa ambil kira kepentingan masyarakat~Amalkan Riba'/Interest/Bunga.
Pragmatisme : Mementingkan kehendak majoriti dalam masyarakat walaupun salah dan memberi kesan kepada akidah dan akhlak umat Islam.


Kolonialisme : Penjajahan yang bukan sahaja menjajah aspek fizikal dan materialnya tetapi termasuk pemikiran dan adat tradisi masyarakat sehingga yang terjajah sukar untuk bangkit sebagai bangsa merdeka dan berdaulat kerana perasaan dan pemikiran mereka sentiasa terkongkong dan terjajah.


Materialisme : Mementingkan kekayaan dan segala yang bersifat fizikal dan menolak aspek spiritual yang dianggap sebagai penghalang tamadun~Kuasa ghaib dan dosa pahala diketepikan mereka yang berkefahaman ini.


Hedonisme : Hidup hanya untuk berseronok.



Saturday, August 13, 2011

Jangan Melihat Siapa yang Berkata Tetapi Lihatlah Apa yang dikatakan/Lihatlah Siapa yang Berkata



Jangan Melihat Siapa yang Berkata Tetapi Lihatlah Apa yang dikatakan:

Biasa kita dengar ada orang yang berkata, "Ala..kau siapa nak nasihat kan aku? Kau tu penagih dadah, kau tu pelacur". Seseorang yang melakukan perkara yang dilarang oleh agama memberi nasihat dan teguran. Bersangka baiklah kepada mereka penagih dadah dan pelacur tersebut yang memberi nasihat kepada orang lain agar jangan cuba hisap dadah dan jangan jadi pelacur kerana mungkin mereka dah menyesal setelah merasai kesannya dan tak mahu orang lain turut melakukannya.

Lihatlah Siapa yang Berkata:

Ittiba'( ikut gunakan akal dan berpandukan al-Quran dan Sunnah dan bukan Taqlid buta ( Ikut semata-mata tanpa berpandukan Quran & Sunnah)
Pada pandangan saya,  dalam usaha untuk mencari ilmu agama atau ilmu-ilmu lain, kita kena tahu siapa yang berkata. Sebagai contoh, orang yang belajar dalam bidang akaun dan menjadi seorang akauntan tiba-tiba masuk bilik pembedahan menggantikan doktor merawat pesakit, apa kesannya? Manakala dalam bidang agama pula kita kena tahu siapa yang berkata agar tidak terikut ajaran golongan yang tidak sepatutnya seperti mereka yang diragui Islam atau bukan Islam seperti Orientalisme iaitu golongan Barat yang mendalami ilmu agama yang mempunyai pelbagai tujuan. Antaranya mengkaji al-Quran untuk ilmu sains sahaja pada mulanya tetapi akhirnya memilih untuk mengikuti agama Islam dan meninggalkan agama lamanya setelah meyakini kehebatan Islam melalui sains sepertimana yang tertulis di dalam Quran bertahun lamanya dulu. Namun begitu terdapat juga Orientalis yang belajar membaca dan mengkaji al-Quran untuk memesongkan aqidah ummat Islam. Ayat yang digunakan kadang-kadang nampak hebat kerana mereka dah kaji Quran berkali-kali sedangkan ada umat Islam khatam Quran berkali-kali tapi ada yang tak faham isi-isi kandungannya. Begitu juga dengan fahaman-fahaman (-sme) yang lain kita perlu berhati-hati dengan golongan seperti ini di laman-laman sosial di Internet seperti dalam ruang-ruangan agama yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran kerana golongon orientalis dan siapa-siapa sahaja boleh menyertai ruangan ini hanya dengan menekan butang LIKE / ASK TO JOIN GROUP seperti di laman sosial Face Book~ BERHATI-HATILAH!
--------------------------------------------------------------------------------------------------

~SMS~

Lihatlah pada apa yang dikata, bukan siapa yang berkata kena letak ikut SITUASI yang betul.Boleh asalkan apa yang dikatakannya itu menyeru kepada kebaikan dan menolak kemungkaran~Tak kan kita nak ikut je kata-kata semua orang tanpa lihat dulu siapa dia dan tak perlu kaji dulu apa yang disarankannya..Contoh : Ada ORANG ISLAM ni kata jom minum air ni yang kita tak tau air apa pun (Ntah-ntah dia bagi racun) baik untuk kesihatan katanya, orang yang tak tau apa-apa ni pun percaya sebab yang ajak minum tu kawan baik dia (yang sebenarnya musuhnya yang brpura-pura baik), oh ye ke?Terus minum tanpa selidik dahulu kerana terlalu ta'assub dengan kawan yg disangka baik tu tambahan pula akan dapat kebaikan jika minum air tu~ Bagus dia husnu zon (brsangka baik) tapi bersangka baik juga perlu gunakan akal~Akal pula haruslah diguna dengan berpandukn al Quran dan sunnah~Wallahu a'lam~

Walaupun seorang pencuri menasihati kita supaya jangan mencuri! akan TETAPI!

" Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?
Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"
(Surah As-Saff 61: 2-3)
Jika kita dapat menghidu golongan seakan-akan orientalisme ni jauhkn diri darinya dibimbangi akan terpesona degan ayat-ayatnya yang sekan-akan hebat kerana Iman kita sentiasa berbolak balik apa lagi jika mahu berdebat dengannya serahkan pada ulama' seperti sesi diolaog antara paderi & ulama Islam yang pernah dilaksanakn~


Wednesday, July 27, 2011

Tazkiyatun Nafs Sebelum ke Alam Barzakh

Bermulalah semula rutin tahunan sepanjang kehidupan. Kedengaran lagu-lagu nasyid diputarkan di media, drama-drama keinsafan di tayangkan, iklan-iklan buah kurma malah pelbagai kiriman ucapan diterima. Semuanya untuk mengingatkan kembali kemuliaan Ramadhan yang di muliakan Allah yang maha mulia dan kerana itu lah kita sering mendengar ucapan Ramadhan al-Karim, di jawab dengan Allahu Akram. SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahu Akbar kerana masih memberi peluang bernafas kepada kita untuk menghayati keindahan agama Islam supaya mengabdikan diri padaNya Allahu Rabbi~


~Tazkiyatun Nafs~
 Menyucikan hati dari sifat-sifat tercela dan mengisinya dengan sifat-sifat terpuji. Alangkah susahnya mendidik hati. Sedangkan ia adalah pandangan Tuhan. Menjadi wadah rebutan malaikat dan syaitan. Alangkah susuahnya mendidik hati. Bila dipuji sombong menghiasi diri. Bila diuji dengan pencaci, pencaci dibenci hingga berdendam. Sama-samalah kita mendidik hati menuju jalan kebenaran demi mencari redha Ilahi. Nabi sebagai idola, pernahkah kita terfikir bagaimana mulia dan bersihnya hati Nabi kita? Tetap senyum bila dibenci, tetap tenang bila dimusuhi, tetap membantu walau disakiti, tetap menyeru walau diusir pergi.


~Tazkiyatun Nafs, Menyucikan hati dari sifat-sifat tercela dan mengisinya dengan sifat-sifat terpuji~
KEPENTINGAN MELAKUKAN TAZKIYATUN NAFS

Bermuhasabah diri, bertafakur merenung kejadian alam, mencari dan memohon petunjuk dari Allah SWT adalah untuk mencapai kasih sayangNya dan kesempurnaan Islam. Kita perlu mengambil masa untuk bersendiri dengan tujuan membersihkan penyakit-penyakit jiwa dan sifat-sifat mazmumah yang boleh merosakkan amal seperti sikap pentingkan diri, dengki, cepat mengeluh dan seumpamanya.

Penyucian jiwa ini salah satu proses pentarbiyahan kepada setiap muslim untuk memikul beban dakwah. Qiamullail, Iktikaf, umrah, menunaikan haji, ziarah kubur, baca al-Quran, mengamalkan zikir seperti ma'thurat secara berkala, zikir harian adalah antara cara-caranya.

Moga kita dapat terus menyucikan jiwa, lagi-lagi sempena bulan Ramadhan yang akan tiba. Moga kita sama-sama diberi kesempatan untuk meningkatkan amalan kita sehingga akhir nafas agar nyawa diambil dalam kebaikan. In Sya Allah. Ya, Allah muliakan dan sayangilah saudara-saudaraku ini. Sihatkan dan bahagiakanlah keluarga mereka. Berkati rezekinya, kuatkan Imannya dan jauhkanlah dari segala fitnah serta berikanlah padanya kenikmatan dalam menjalankan ibadah puasa Ramadhan.




Sahabat.. Masih ada waktu
Untuk kau dan aku menghitung
Dosa-dosa lalu

Lantas membasuhnya
Kembali menyinar
Menghiasi taman-taman kasih

Masih ada waktu bagi kita
Mengikis coreng-coreng mazmumah
Dan mengutip kuntuman mahmudah
Menghiasi kamar hidup ini

Dan masih ada waktu bagi kita
Untuk memupuk kasih dan sayang
Sekuntum cinta Ilahi
Seharum cinta yang murni

Moga ukhwah yang dicipta ini
Kan terjalin bersama mesra sejati
Bersama memupuk kasih cinta Ilahi
Moga bahgia di negeri abadi

Tuesday, July 19, 2011

~Semester Khas, Kelebihan dan Cabarannya~

       
KELEBIHAN 
  • Naik bas tak payah beratur panjang
  • Selalu dapat duduk dalam bas
  • Belajar dengan aman tanpa bunyi bising...
  • Jadual kuliah yang best (kalau ikut jadual saya...hari Isnin,Rabu,Sabtu,Ahad tak ada kuliah)
  • Masa belajar yang lebih
  • Dalam kelas dapat tumpuan yang lebih
  • Dapat kenal semua rakan sekuliah dengan lebih rapat (Kalau semester biasa terlalu ramai nak kenal)
  • Tak perlu berasak-asak di luar bilik pensyarah untuk bertemu mereka
  • Senang nak berunding dengan pensyarah (Tukar jadual kelas waktu yang sesuai, semak tugasan banyak kali dengan pensyarah, runding tarikh hantar tugasan)
  • Dapat pinjam buku dari library lama-lama (kesian pun ada, kat orang lain yang nak pinjam)
  • Line internet yang lebih ok la dari selalu walaupun tak excellent~
  • Baru bayar bil elektrik rumah sewa yang berharga 15 sen!~(Sem biasa?puluhan ringgit)
  • Kebetulan bulan barakah = RAMADHAN (Alhamdulillah murah rezeki, berkali-kali juga dapat bubur lambuk PERCUMA)
  • Musim peperiksaan yang lebih tenang di dewan SITC yang besar (tak perlu berasak-asak masuk dewan cari tempat duduk...duduk je mana-mana pun)
Lagi apa ek...rasa macam banyak lagi..nanti kalau ingat tambah la...

Hari ni hari apa ek?

CABARAN 


  • Masa belajar yang singkat
  • Semua kerja kena buat lebih pantas dari biasa
  • Habiskan hafaz surah kahfi sepanjang tempoh sem khas ni (bagi yang ambil kursus sejarah Islam la..)
  • Ada anjing sesat...sebelum ni tak ada rasanya~gulp~
  • Rasa tak meriah  bila tak ramai 'students' kat sini...
  • Tak ada 'Study week'

KESIMPULAN

Nak 1000 daya Tak nak 1000 dalih!

Cuba dulu baru tau!

~Tak nak la taip cabaran yang mengarut lagi~Mungkin bagi anda cabaran ni kacang je kan.....so what? apa lagi...'next sem' kalau ada sem khas..jom la kita buat ramai2...baru meriah...;-)


Alhamdulillah~Hari ni bersamaan 24 Ogos 2011 selesai sudah peperiksaan akhir, bermakna tamat lah sudah perjuangan  kita menghabiskan semester khas ni dengan harapan  agar kejayaan diperoleh Ibadah Ramadhan diraih sempena bulan Ramadhan ni~Moga di hari kemenangan umat Islam sempena Aidil Fitri nanti kita juga dapat meraikan kemenangan perjuangan semester khas dengan peroleh keputusan yang cemerlang~In Sya Allah~ Tawakkalna ~

Friday, July 8, 2011

‎Ta'assub Beragama Timbulkan Perpecahan Ummah

    Ta'assub beragama timbulkan perpecahan ummah merupakan isu yang pernah hangat diperkatakan dan merupakan isu yang pernah ditimbulkan didalam media. "Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.".Berdasarkan firman Allah didalam surah Al Israa' ayat 36 ini, kita tidak seharusnya bertaqlid semata-mata tanpa berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dengan mempercayai dan mengikuti sahaja pandangan sesiapa pun melainkan dengan cara ber'ittiba ikut berasaskan hujjah dari dalil al-Quran, Sunnah Rasulullah s.a.w, tokoh-tokoh seperti ulama' mazhab yang berijtihad mengenai sesuatu hukum. Akal juga memainkan peranan dalam mengkaji dan menilai sesuatu perkara. Perlu kita ingat, dalam beragama juga kita seharusnya tidak terlalu ta'assub kerana ia akan menimbulkan perpecahan. 
    
    Sebagai contah seseorang yang ta'assub dengan sesuatu mazhab atau pandangan seseorang ulama' atau ideologi-ideologi menolak kebenaran mazhab dan ulama'-ulama' lain kerana beranggapan seseorang tokoh yang kita puja itu sahaja yang betul dalam segala-galanya. Perumpamaan juga boleh dibuat dengan mengumpamakan seseorang peminat yang berminat dengan seorang pemain bola yang namanya gah di dunia atas kejayaan pasukannya tetapi pada satu hari, tersebar berita yang terbukti kebenarannya pemain itu mengambil dadah dan mengamalkan rasuah, oleh kerana terlalu ta'assub dalam memuja pemain tersebut, peminatnya tadi tetap beranggapan pemain itu tak mungkin melakukannya dan menganggap pasti ada pihak tertentu yang cemburu dengan kejayaan pemain itu seterusnya mereka-reka cerita tentang keburukan diri pemain tersebut sehingga menolak kebenaran bukti yang telah jelas menyatakan pemain tersebut bersalah. Selain itu, ta'assub boleh dielakkan dengan meninggalkan pujian-pujian dan sanjungan-sanjungan yang berlebihan terhadap individu-individu atau golongan-golongan tertentu.
    
   Islam adalah agama untuk seluruh alam dan manusia adalah pemimpin jadi tidak timbul persoalan siapa yang berhak untuk berdakwah kerana seluruh ummah seharusnya menjalankan tanggungjawab tersebut bukan hanya menyerahkan tanggungjawab tersebut pada para ulama' semata-mata. Kita punya banyak peluang untuk sama-sama memperingati diri. mereka yang petah berhujah, jadikan kelebihannya sebagai medan dakwah. andai terasa keupayaan berdiri di depan orang tiada, masih ada pena sebagai gantinya. sekurang-kurangnya tulisan-tulisan ini boleh dibaca dan menimbulkan sekelumit kesedaran di hati insan yang peka. Kita ada tanggungjawab terhadap diri sendiri dan saudara kita di luar sana. Jangan pernah lupa. Paling utama, ikhlaskan niat di setiap perbuatan demi redha-Nya.
    
   Zaman globalisasi ini, ramai yang menggunakan laman sosial untuk berdakwah dan mencari ilmu kerana mungkin tidak semua orang berpeluang, berkelapangan dan berkemampuan dari segi faktor kesihatan, kewangan, usia, keselamatan dan sebagainya untuk mendalami ilmu agama seperti menuntut di universiti-universiti terkemuka mahupun di sekolah-sekolah pondok didalam mahupun di luar negeri. Selaras dengan fardhu kifayah, disamping ilmu-ilmu agama setiap orang juga perlu belajar dan mendalami bidang-bidang ilmu yang lain. Sesiapa sahaja boleh berkongsi maklumat dan apa sahaja ilmu di alam maya ini cuma diri kita sendiri yang perlu bertindak memainkan peranan untuk menyelidiki dahulu apakah perlu untuk mengikutinya atau tidak dan terus berusaha meningkatkan ilmu dengan cara menuntut ilmu dari guru.

   Melalui alam maya, kita berpeluang untuk memberi teguran seperti di laman-laman web juga di laman-laman sosial dengan harapan orang-orang yang membaca teguran atau nasihat yang ditulis mampu untuk menegur secara perbuatan juga lisan menyampaikan pula kepada orang lain. Orang-orang disekeliling tidak mungkin dapat menghabiskan setiap waktu yang mereka ada untuk mendampingi kita bagi menegur salah silap kita. Sedarlah, hanya Allah yang sentiasa ada bersama kita! Ingat perjanjian kita setiap hari didalam solat iaitu sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah.
    
   Sesungguhnya setiap amalan dimulakan dengan niat. Setiap orang mempunyai niat masing-masing dan kita pula tidak mungkin tahu niat orang lain. Bersangka baiklah kepada setiap orang dengan terlebih dahulu membezakan baik dan buruk serta berusaha melihat kebaikan didalam keburukan seseorang. Bak kata pepatah 'Ilmu yang baik dijadikan teladan segala yang buruk tolak ketepi'. Guru pernah mengingatkan, dalam memberikan teguran kita seharusnya berhati-hati dengan segala tindak tanduk kita agar berhikmah manakala dalam usaha kita menjaga perasaan orang lain didalam perbincangan, berbahaslah bagai menarik rambut dari dalam tepung juga bersederhanalah dalam setiap perkara. 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

~SMS~

Moga dipermudahkan Allah dalam setiap urusan kita. Salam Ukhwah dan selamat meneruskan perjuangan dalam mencari ilmu.

Saturday, March 5, 2011

Bukan Robot Tapi Kadang-kadang Jadi Robot


~Kita bukan robot atau mesin yang boleh buat kerja 24 jam tanpa rehat.
~Kita bukan robot yang tak tahu apa itu 'stress'.
~Kita bukan robot yang tak takut berkerja di tempat yang berbahaya / kotor/ berisiko tinggi.
~Kita bukan robot yang sentiasa sudi membantu orang lain buat kerja.
~Kita bukan robot yang tak boleh fikir dulu baik buruk sebelum melakukan sesuatu pekerjaan.
~Kita bukan robot, itu sudah pasti.

Tapi..

~Kadang-kadang kita terpaksa jadi macam robot sebab kerja/ tanggungjawab yang banyak.
~Kadang-kadang kita jadi seperti robot yang rosak sistemnya (stress akibat minda yang celaru)
~Kadang-kadang kita seolah-olah bertukar menjadi robot yang bagus (Kerana sudi bantu orang lain tanpa harapkan balasan dan berani ambil risiko).
~Kadang-kadang sebahagian dari kita yang bergelar manusia dengan sengaja menukarkan diri menjadi seperti robot yang tak ada perasaan. Kejam tak berperikemanusiaan.


Kita adalah manusia yang merupakan sebaik-baik makhluk ciptaan Allah s.wt yang mempunyai akal. Kita bukanlah robot yang dicipta oleh makhluk terbaik ciptaan Allah (manusia) yang tidak mempunyai akal. Kita lebih baik dari robot. Oleh kerana kita adalah makhluk terbaik, jadilah manusia yang baik dan berperikemanusiaan.
Bersyukurlah di hidupkan di dunia ini dengan dikurniakan pelbagai kelebihan berbanding makhluk lain. SubhanAllah...Alhamdulillah...Tiada tuhan selain Allah...Allah Maha besar~

Robot ganti cikgu?

Wednesday, March 2, 2011

bingkisannurani2

Akan kami ingat pesananmu wahai pendidik2 kami~Selamat bermusafir menimba ilmu di negeri orang~Jazakallah bikhair jaza~


Sunday, February 27, 2011

Persoalan dari kita, Jawapannya dari Al-Quran~


ADAKAH AKU SUDAH DIKIRA BERIMAN ?

ADAKAH AKU SUDAH DIKIRA BERIMAN ?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta. -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darj! atnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... .. -Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 12

http://www.facebook.com/home.php?sk=group_193316497364159

RENUNG DAN REDHALAH TERHADAP KETENTUAN ALLAH.

Wednesday, February 23, 2011

Tanpanya, siapapun akan tergoda! (Iman)


Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang berusaha (berjihad) dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya” al-Ankabut (29:69)

Sucikanlah hati sesuci bayi yang baru dilahirkan. Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tiada insan yang berdosa yang tiada masa hadapan.

Peristiwa hijrah di zaman Nabi Muhammad s.a.w mengandungi pelbagai input yang boleh dijadikan ibrah (pengajaran) kepada kita. Antaranya seperti kisah persaudaraan kaum muhajirin dan ansar. Sama-sama kita proses input tersebut dengan berusaha menyucikan jiwa. Semoga kita semua sentiasa dalam Rahmat Yang Esa...Selamat berhijrah...(^^,)...


Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah

Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
sudah sunnah ketetapan Ilahi

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari

Begitu indahnya dunia siapa pun kan tergoda
Harta pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama

Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhiratkita kekal bahagia
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
Allah

Janganlah kita berlengah lagi untuk berhijrah, andai sudah terdetik dalam hati bahawa perlakuan yang kita lakukan selama ini adalah salah dan dilaknat Allah Taala, cepat-cepatlah berhijrah ....segera-segerakanlah..kerana teramat khuatir andai hanya kali ini sahaja peringatan Allah Taala datang utuk menegur kita dan kita pula tidak mengendahkannya, bimbang kita akan terus hanyut dengan dosa kita sampai ke akhir hayat kita.

Anak punai anak merbah,
Hinggap ditunggak mencari sarang,
Anak sungai lagikan berubah,
Inikan pula hati orang.

Bumi sentiasa menanti...perutnya sentiasa bersedia menelan orang besar, yang sombong dan tertipu dengan apa yang dimilikinya di dunia. TANAH pula tidak kenal siapa PEMILIK TULANG...Semuanya sama. Semuanya akan dimamahnya..

Ayuh kembali ke sekolah! (sekolah kehidupan sebenar)!~SMS~


Becoming a truely muslimah is our aim..In Sya Allah...


Wanita...
dengan kecantikanmu,

engkau lebih elok daripada matahari,

dengan akhlakmu,

engkau lebih wangi daripada haruman

dengan randah hatimu

engkau lebih tinggi dripada rembulan

dengan kelembutanmu,

engkau lebih halus

daripada rintik hujan.....


Saturday, February 12, 2011

Siapa yang taat, dialah yang hebat.


Andai seseorang lelaki itu datang
dan hanya dirimu pengawal gelanggang…
BERANIKN diri utk BERUNDUR
GAGAHKN diri untuk tidak CAIR DILEBUR
TABAHKN diri untuk menjadi PEREMPUAN EKSLUSIF YANG UNGGUL!

Perempuan yang taat hanya pada lelaki bernama ayah dan suami
Perempuan yang sedar maruah dan keunikan diri
Perempuan yang takkan cair dengan pujukan rayu ‘syaitan’ lelaki
Perempuan yang punya jati diri, berundur kerana TAK MAHU SUAMINYA NANTI DIBAYANGI BEKAS TEMAN-TEMAN LELAKI.
Sesungguhnya, neraka itu hakiki…
Ingatlah wahai diri yang bernama perempuan,
Andai seorang lelaki itu datang…
Beranikanlah diri untuk BERFIKIR dan MENOLAK dengan matang

usah bangga dengan wajah yang jelita.
usah meninggi diri kerana engkau diminati.
usah ujub bila namamu disebut-sebut.
usah merasa dirimu kaya ketika disalut mahkota dan harta.
segala itu sementara badan empunya nyawa.
tika diri terbujur kaku.
tiada beza ratu atau O.K.U.
siapa yang taat, dialah yang hebat.

Apa2 pn cintakn Allah s.w.t dlu bru cintakn yg len~cintakn bunga,bunga kn layu...cintakn manusia,manusia kn pergi..cinta kan Rasul,cinta sejati...cinta kn Allah,kekal abadi krn kte dh tau Allah benar2 cintakn hambanya yg taat kpd suruhannya & meninggalkn larangannya..tapi jika kte mencintai manusia lbih drpd-Nya, manusia blum tentu mencintai kte, dan ble kte mencintai manusia, ble tbe masanya dia pergi meninggalkn kte, x lah trlalu sedih krn kte x mencintai manusia lbih drpd Allah & krn kte tau msih ada Allah yg mencintai kte...

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana..
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama..
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya..
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri..