settings

Saturday, February 23, 2013

Ada Amanah Disebaliknya!

Realitinya~ 

Sem 1: Segan, berdebar dan tak sangka bila pergi mana-mana sekitar Tg. Malim diri ini dan rakan-rakan dipanggil cikgu/ustazah. Sedangkan sedar diri banyak kekurangan...Harapannya moga-moga panggilan yang dipanggil mereka itu merupakan doa yang menjadi kenyataan. 

Praktikal: Debaran menguat...tambah lagi sewaktu mempraktikkan ilmu di tempat sebenar. Panggilan tu hari-hari kedengaran. 

Sem
 8: InsyaAllah tahun akhir jika tiada aral, panjang umur, sihat, lulus peperiksaan dan siap tesis. Resah..bekalan perlu disiapkan secukup-cukupnya. Biar melimpah-limpah. InsyaAllah jika diizin-Nya habis satu peringkat tuntut ilmu di sini.

Lepas ni belum tentu lagi kami berpeluang sambung ke peringkat lain. Belum tentu lagi layak dan lulus menduduki ujian INSAK(Inventory Sahsiah Keguruan). Aqidah, ibadah,akhlak, penampilan, perbuatan kita macam mana? Kalau lulus pun belum tentu lulus temuduga pula. Jika lulus pun belum tentu ditakdirkan-Nya untuk jadi guru.

Hakikatnya...Pentingnya...bukanlah anugerah apa yang tercatat di atas kertas itu dan bukan gelaran itu...TETAPI tanggungjawab dan amanah untuk mengamalkan dan menyampaikan. Kita sambung belajar sebab kita tak tahu. Moga setitik ilmu yang diperolehi dibandingkan dengan seluas lautan itu diberkati dan diredhaiNya. Dapat faham, ingat, amal, manfaat dan menyampaikannya. Mendidik hati bukannya mudah.

Benarlah & sedarlah:
-Yang berat itu amanah~Imam Al-Ghazali~
-Kewajipan itu lebih banyak daripada masa~Imam Hassan Al-Banna~
-Semulia-mulia kamu disisi Tuhan kamu adalah mereka yang paling bertaqwa~Kalamullah, Al-Quran~
-Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis~Ustaz Pahrol Mohamad Juoi~

Rabbi yassir~Moga tergolong dikalangan jiwa-jiwa yang tenang ke JannahNya dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Sama-sama betulkan niat kerana kita tahu setiap amal itu berdasarkan niat dan moga dijauhi syirik yang tersembunyi~TEGUR AKU jika aku mulai ALPA. Tegur aku jika aku tergelincir dari jalan-Nya. Tegur aku jika aku mulai SOMBONG. Tegur aku jika aku mulai ANGKUH. Tegur aku jika aku mulai SALAH kerana hati ini mudah saja untuk dibolak-balikkan-Nya. Moga thabat dijalan-Nya..."Ya Muqallib al-qulub, thabbit qalbi 'ala dinik. Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini di atas agama-Mu  




No comments:

Post a Comment